Cerita ni saya harap dapat dijadikan pengajaran baik lelaki mahupun perempuan.
5 tahun lepas merupakan titik hitam dalam hidup saya, bila saya memilih untuk ceraikan isteri saya & tinggalkan anak anak kerana perempuan lain.
Saya berkhwin dengan isteri, Hana atas dasar suka sama suka. Hana ni pendiam,tapi lembut & baik. Family saya pun Alhamdulillah boleh terima Hana dengan baik. Lepas Hana bersalin anak pertama, saya minta dia berhenti kerja guru diskolah menengah & Hana ikutkan permintaan saya..Hana jadi surirumah sepenuh masa & jaga saya dan anak dengan baik..kami hidup bahagia, tambah tambah lagi Hana waktu tu sedang mengandungkan anak kedua kami.
Rezeki anak anak, kedudukan kewangn kami makin stabil..daripada makan cukup, dah boleh bawak family jalan jalan dan bercuti.
Segalanya bermula waktu saya dinaikkan pangkat. Saya perlu berurusan dengan ramai orang. Salah satunya Mr Goh, dan yang saya perasan, setiap kali meeting, Mr Goh akan bawa secretary dia bersama, Asmat.
Mula mula saya dan Asmat hanya berurusan biasa. Tapi lama kelamaan tiap kali meeting, kami mula jadi rapat dan kadang kadang saya tumpangkan Asmat untuk pulang dengan kereta saya. Tak nak cerita banyak part ni. Asmat memang pandai amik kesempatan..dia tau saya dah makin tergila
gila kan dia, jadi dia akan ajak saya shopping dan saya akan turutkan semua kehendak dia.
Hana mula perasan perubahan saya..tapi dia tak terus melenting..dia cuma tanyakan beberapa soalan (sbb banyak kali kantoi terjumpa resit beli barang wanita dalam poket seluar).
Lama lama saya jadi baran, semua yang saya nampak pada Hana & anak anak jadi menyakitkan hati. Saya mengaku saya ada perempuan lain. Hana menangis malam tu, saya ingat lagi. Allah, kejamnya saya..saya ingat lagi saya bagitahu Hana malam tu, yang dia langsung menarik, tak cantik macam Asmat yang sentiasafashionable.
Satu malam, saya buat perkara yang paling saya menyesal seumur hidup. Asmat minta saya pertemukan dia dgn Hana supaya dia boleh minta Hana izinkn saya berkahwin lagi, dan saya ikutkan je. Bodohnya saya waktu tu.
Hana baru siap tidurkan ank sulung dan baby kami. Bila dia buka pintu untuk sambut saya, muka dia berubah bila nampak Asmat. Tapi dia langsung tak mengamuk. Dengan tenang, dia beri peluang pada Asmat untuk bercakap. Asmat dengan sombongnya arahkan Hana untuk bagi saya izin berkahwin lagi. Tp Hana berkeras. Katanya kalau perempuan tu org baik baik, dia akan izinkan..tapi kalau dengan Asmat, maaf dia tak izinkan.
Asmat marah dan merajuk..dia masuk dalam kereta dan minta saya bagi kata putus. DIA ATAU HANA. Saya masuk balik kerumah, saya marah pada Hana dan waktu tu lah saya lafazkan cerai pada Hana. Sy bagitahu dia untuk kemaskan barang dan keluar rumah esok.
Hana diam sekejap, kemudian dengan perlahan dia sebut "Allahuakbar" sambil berlalu ke atas. Saya dengar suara tangisan ank sulung kami, mungkin marah tidurnya terganggu. Hana turun kebawah dengan anak anak dan terus keluar. Tanpa ambil satu helai pun pakaiannya.
Tak lama Allah nak tunjuk, rupanya Asmat cuma mendampingi saya atas niat nak mengikis..dia nampak kesenangan saya waktu tu..padahal semua kesenangan tu rezeki isteri dan anak anak.
Merata rata saya cari Hana balik. Yang buat saya terkilan, Hana pulang ke rumah ibubapa saya minta maaf atas salah silap padahal dia takde salah apapun. Mak ayah saya terlalu marahkan saya smpai setahun tak berckap dengan saya. Tapi lama lama lembut juga hati..kesian bila tengok saya macam orang gila talak. Akhirnya diorang bagitahu, Hana keluar negara untuk sambung belajar Master dan terus menetap disitu bersama anak anak..mereka tak beritahu saya di negara mana.
Allah, sy rindukn Hana dan anak anak.
Buat Hana, ini jalan terakhir abang untuk Hari Hana. Abg tak tukar pun nama nama supaya Hana tahu, ini kisah kita. Abg minta maaf banyak banyak syg..Abang silap, abang silap, abang silap. Abang berdosa dengan Hana, dengan anak anak..Ya Allah, macam mana la Hana juga anak anak kita yang masih kecil dengan belajar lagi.
Hana Safiyyah, tolonglah..kalau Hana ada di page ni, tolonglah abang.. 😢😢
Lagu kat bawah ni khas untuk Hana..abang terdengar lagu ni semalam..padan muka abang,kan.
Slam - Kembali Terjalin
Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari
Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian
Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan
Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)
Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci
0 Response to "CERAIKAN DAN HALAU ISTERI DAN ANAK DARIDAPA RUMAH KERANA WANITA LAIN, AKHIRNYA LELAKI INI MENYESAL SEUMUR HIDUP.."
Post a Comment