Kekurangan kadar testosteron boleh memudaratkan anda sebagai lelaki – setelah kehilangan otot-otot, mengalami kerapuhan tulang dan tenaga seks anda juga akan berkurangan.
Ini juga kemudian ditambah lagi dengan masalah kanser prostat, risiko sakit antung dan juga penyakit lain yang mengancam nyawa anda.
Ikuti langkah di bawah untuk membantu anda mengatasi masalah tersebut dan menjadi lebih bertenaga.
1. Kempiskan Perut Anda
Apabila perut anda mulai membesar, maka kadar testosteron anda juga akan menurun – kempiskan perut anda untuk mengekalkan tahap testosteron anda pada tahap yang baik.
Selain dari membantu anda untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat – ia juga menggalakkan tahap testosteron dalam diri anda.
2. Bina Otot Lengan Anda
Kajian mendapati lelaki yang kerap mengangkat beban di gimnasium mempunyai kelebihan 49% lebih kadar testosterondalam darah mereka.
Jika anda menguatkan otot anda maka kadar testosteron yang dikeluarkan oleh badan anda juga turut meningkat.
3. Pengambilan Lemak Yang Seimbang
Mengurangkan pengambilan lemak boleh membantu anda kekal langsing namun meninggalkan terus lemak boleh merosakkan diet anda.
Untuk menjaga kesihatan jantung anda dan kadar testosteron anda maka perbanyakkan mengambil lemak tidak tepuseperti ikan dan kekacang.
4. Jauhi Minuman Beralkohol
Waktu minum bersama teman sekerja boleh merosakkan hormon kelelakian anda – terutama mereka yang kerap mengambil minuman beralkohol.
Jika anda mengambil minuman beralkohol, hadkan hanya 1 dan 2 gelas semalam untuk mengelakkan penurunan kadar testosteron.
5. Hentikan Tekanan
Tekanan mental dan juga fizikal boleh turut menyumbang kepada penurunan kadar hormon testosteron pada sesetengah lelaki.
Jangan terlalu bersenam secara ekstrem kerana ia juga turut boleh mengurangkan kadar hormon testosteron anda dengan tidak sengaja.
Untuk tambah tenaga luar biasa lawat http://ubatkuat.hadiaharihari.com
ReplyDeleteUntuk tambah tenaga luar biasa lawat http://ubatkuat.hadiaharihari.com
ReplyDelete