Maksud Kentut Berbau

Kentut adalah satu tanda bahawa badan 
anda telah menurunkan jumlah serat yang sihat dalam badan anda. Selain 
itu, ia bermakna terdapat bakteria yang sihat dalam usus anda dan bahawa
 badan anda sedang berfungsi dengan betul. Jika kentut anda tidak 
berbau, jangan risau kerana ia juga adalah perkara yang normal. Bau yang
 datang bersama-sama dengan kentut biasanya dari hidrogen sulfida, yang 
dipecahkan dari pelbagai makanan yang telah dimasukkan ke dalam badan. 
Apabila sedang dicerna, ia adalah sebahagian daripada proses dalam 
mewujudkan bau yang akan menemani gas yang anda lepaskan itu. Kini, 
terdapat pelbagai peringkat kentut berbau.
Menghidu Bau Kentut Busuk Orang Lain Mungkin Akan Membantu Seseorang Itu Untuk Hidup Lebih Lama

Menurut satu kajian, menghidu kentut 
orang lain akan membuatkan peluang anda untuk hidup lebih lama adalah 
tinggi. Ini kerana, bau metana dan hydrogen sulfida yang ada pada kentut
 seseorang itu sebenarnya membantu mengubah fungsi enzim dalam badan 
anda mengurangkan penyakit-penyakit seperti Dementia. Selain itu, kajian
 baru oleh Exeter University di England telah menjelaskan bahawa ia juga
 membantu dalam mencegah kerosakan mitokondria.
Bagaimana Pula Dengan Kentut Yang Terlampau Busuk?

Mungkin akan ada yang berfikir mereka 
sebenarnya tidak sihat disebabkan kentut mereka yang sangat busuk itu. 
Tetapi pada hakikatnya, ia adalah sangat baik dan bagus untuk anda! Bau 
yang terlampau busuk ini bermaksud diet  anda adalah cukup dengan 
makanan yang menghasilkan hidrogen sulfida yang berat – yang biasa 
berlaku kepada orang yang mengamalkan diet tinggi dengan serat. Makanan 
ini termasuk telur, kacang dan brokoli. Daging merah adalah makanan 
utama yang akan membuatkan kentut anda menjadi sangat busuk.
Satu-satunya masalah yang mungkin datang
 bersama-sama dengan kentut berbau adalah: ia akan berlaku serta-merta 
selepas anda mengambil apa-apa produk tenusu. Bagi kentut berbau selepas
 anda meminum segelas susu atau apa-apa bahan tenusu mungkin adalah 
tanda-tanda kepada intoleransi laktosa. Kentut berbau yang sangat kronik
 juga mungkin menjadi tanda kepada masalah gastrousus, seperti sindrom 
usus terganggu. Tetapi ini adalah kes-kes yang lebih jarang berlaku, 
kerana kentut berbau umumnya tanda usus yang sihat.
Kesimpulannya, biarlah kentut anda 
keluar dengan sepuas-puasnya dan yang paling penting sekali, jangan 
sesekali anda takut dengan kentut anda sendiri kerana pada hakikatnya, 
ia mungkin dapat membantu anda dalam melawan penyakit.
0 Response to "Kentut Yang Busuk Adalah Baik Untuk Kesihatan Anda Dan Orang di Sekeliling Anda."
Post a Comment