Random Posts

5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu


Destinasi tanah tinggi yang mempunyai iklim sejuk sering menjadi pilihan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga untuk berbulan madu.

Anda tidak perlu ke luar negara untuk mencari destinasi sejuk sebab di Malaysia sendiri pun ada beberapa tempat menarik beriklim sejuk yang korang boleh pergi.

Malah, destinasi ini sangat sesuai untuk berbulan madu.

1. Cameron Highland 


Lokasi pertama yang bermain di fikiran jika mahu suasana sejuk sudah tentunya Cameron Highlands. Di tanah tinggi dengan suhu 20 darjah Celsius ini banyak tempat menarik yang boleh dilawati bersama pasangan. Selain ke Taman Ros atau nurseri-nurseri yang dipenuhi bunga-bunga berwarna warni, anda boleh menikmati suasana yang romantis dengan secawan teh panas dan skon di Ladang Teh Bharat, sambil melihat keindahan ladang teh yang saujanan mata memandang. Resort dan hotel banyak terdapat di sini, pilih saja mengikut bajet anda.

2. Bukit Tinggi 

Tarikan utama di sini tentunya Colmar Tropicale. Dibina seakan struktur bangunan kolonial dengan padanan warna yang cantik akan membuatkan anda berasa seperti berada di luar negara. Pengalaman lebih indah kalau dapat menginap di sini. Ada beberapa destinasi menarik boleh dikunjungi anda suami isteri selama berada di Bukit Tinggi ini antaranya Taman Jepun yang dipenuhi dengan pokok bonsai, kolam ikan dan batu putih persis taman di negara matahari terbit itu.  

3. Fraser Hill 


Bukit Fraser, destinasi peranginan santai ini letaknya di Banjaran Titiwangsa Pahang. Suhunya sekitar 17 darjah Celsius, sesuai untuk pengantin baru. Selain menikmati suasana alam semula jadi yang segar di sini, ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan di daerah yang turut dikenali sebagai The Little England of Malaysia ini. Antaranya, aktiviti berkuda, sukan air di Allen’s water atau memberi makan ikan di sini. Seperti di Cameron Highland anda boleh juga ke ladang strawberi dan di Taman Flora Bukit Fraser.

4. Kundasang 


Terletak lebih kurang 100 km dari Kota Kinabalu, suasana di sini sejuk dingin berlatar belakang pemandangan Gunung kinabalu. Anda disaran menginap di resort yang terdapat di Kundasang ini untuk menghayati keindahannya. Lokasi wajib dikunjungi di kundansang ini adalah Dairy Fairy Farm, sebuah ladang ternakan lembu.

Di sini anda boleh merasai suasana percutian seolah-olah di New Zealand dengan kawasan sekitar yang berkabus. Padang ragut yang hijau dan luas selain berlatar belakang gunung anda pasangan pasti takkan puas menikmati keindahan di sini.

5. Bukit Larut 


Bukit Larut dahulunya dikenali dengan Bukit Maxwell. Percutian di sini sesuai buat pasangan yang menginginkan suasana sunyi, dingin dan damai di atas puncak bukit. Pemandangan lebih menarik dan romantis pada waktu malam boleh dinikmati bersama pasangan kala berada di atas Bukit Larut.
Anda akan disajikan panorama limpahan cahaya di seluruh Taiping, selain dapat melihat kerlipan lampu bot nelayan di laut Selat Melaka yang mencipta ritma indah.

0 Response to "5 Destinasi Sejuk Dalam Negara Sesuai Untuk Bulan Madu"

Post a Comment

ad banner