Random Posts

Dah Berkali-kali Pesan, Jangan Muatnaik Gambar ‘Boarding Pass’ Ke Laman Media Sosial


boarding pass

Mungkin anda atau orang-orang yang anda kenali pernah memuat naik gambar boarding pass mereka di laman sosial sebelum menaiki pesawat. Pernah lihat?
Tetapi menurut Adam Rodriguez, seorang blogger kembara, tindakan ini sebenarnya boleh membahayakan diri sendiri. Apa sebabnya?
Kami akan terangkan penjelasan dari Adam dalam bentuk yang ringkas untuk kita sama-sama fahami.

Tahukah anda, terdapat informasi tentang nombor pesawat dan rekod lokasi di setiap boarding pass untuk mana-mana syarikat penerbangan?
Gambar pra-melancong yang semakin popular dimuat naik di laman sosial.
Gambar pra-melancong yang semakin popular dimuat naik di laman sosial.

Jika maklumat ini jatuh kepada individu yang berniat jahat, ia boleh menimbulkan huru-hara. Bagaimana?

  1. Berdasarkan maklumat ini, seseorang boleh menghubungi syarikat penerbangan dan menyamar menjadi anda. Dan ini beberapa kemungkinan yang mungkin boleh berlaku seterusnya kepada anda:
  2. Dia boleh membuat panggilan palsu ke syarikat penerbangan, kononnya anda ingin membatal atau menukar flight. Akhirnya, anda tidak boleh terbang langsung. Ia macam panggilan hangit, tapi lebih parah.
  3. Lebih teruk lagi, dia boleh membuat tuduhan palsu mengatakan anda membawa senjata, dan sekaligus meminta syarikat penerbangan menghalang kamu daripada menaiki pesawat. Tidak semena-mena anda dituduh sebagai seorang pengganas.
  4. Bukan itu saja, dia juga boleh mendapatkan maklumat peribadi kamu seperti alamat, tarikh lahir, nombor keahlian penerbangan dan sebagainya, bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada syarikat penerbangan.
Apa perasaan anda tiba-tiba saja kata laluan anda ditukar tanpa pengetahuan anda?
Lebih malang lagi, kata laluan anda juga mungkin boleh digodam dan ditukar kepada yang baru. Jadi, anda langsung tidak mempunyai akses ke akaun anda.
Jadi secara ringkasnya, tiada halangan jika anda nak muat naik gambar boarding pass di laman sosial tetapi pastikan nombor pesawat dan rekod lokasi tidak didedahkan.
Sama-sama kita belajar daripada kesilapan. Mungkin sebelum ini kita tak pernah rasa perbuatan kita itu boleh membahayakan diri kita sendiri. Maka beringatlah selepas ini. Fikir dahulu sebelum upload.

0 Response to "Dah Berkali-kali Pesan, Jangan Muatnaik Gambar ‘Boarding Pass’ Ke Laman Media Sosial"

Post a Comment

ad banner