Pendiri Syiah adalah Abdullah bin Saba’, 100% Orang Yahudi
Saidina Ali ra diangkat sebagai Allah oleh kaum Syiah
Apa yang lebih menggerunkan ialah sebahagian dari kaum Syiah ini telah bertuhankan Saidina Ali ra. Apakah mereka layak digolongkan sebagai Umat Islam? Syiah Rafidhah mengambil sumber agamanya dari seorang Yahudi laknatullah alaih iaitu Abdullah bin Saba’ dalam mempertuhankan ‘Aliy Radhiyallahu anhu. Abdullah bin Saba' adalah serorang Yahudi.
Hubungan antara Syiah Rafidhah dengan Yahudi ialah Setelah Nabi saw wafat ada seorang Yahudi masuk Islam, ia sebelumnya menjadi seorang yang sangat kontroversial dan telah diuji oleh Rasulullah Saw disebabkan ciri-ciri Dajjal yang melekat pada dirinya. Abdullah bin Shayyad, Ibnu Syahin menyebutkan dalam periwayatannya, ia berkata, ‘Dia adalah Ibnu Sha’id, ayahnya seorang Yahudi, Abdullah dilahirkan dalam keadaan buta dan dalam keadaan telah dikhitan, dialah yang dikatakan orang sebagai Dajjal. Kemudian ia masuk Islam, ia termasuk kalangan Tabi’in” (Tajriid Asmaa-i ash-Shahaabah I/319 no.3366, al-Hafizh adz-Dzahabi)
Seorang lagi Yahudi telah masuk Islam namun ia telah menampakkan kemunafikan dalam dirinya bahkan kekafiran, ia adalah Abdullah bin Saba’. Sebagaimana yang tercantum di dalam kitab literatur Syiah Rafidhah, di antaranya:
Kitab Rijal al-Kasysyi (Kitab Syiah Rafidhah)
“Sesungguhnya abdullah bin saba mendakwa dirinya sebagai nabi dan mengatakan Amirul-Mukminin (Saidina Ali bin Abi Thalib Karramallahu Wajhah - bermaksud ALLAH SWT memuliakan wajahnya kerana beliau tidak pernah menyembah berhala) adalah Allah – Maha Tinggi Allah atas tuduhan itu – .
Khabar itu pun sampai kepada Amirul-Mukminin. Beliau memanggilnya dan mengesahkannya. Ia (abdullah bin saba) berkata : “benar, engkau adalah Allah. Telah dibisikkan ke dalam hatiku bahwa engkau adalah Allah dan aku adalah nabi” . Amirul-Mu’minin as berkata : “Celaka kamu, saithan telah menundukkanmu” Rujuklah dari perkataanmu, ibumu pasti binasa, dan bertaubatlah !” . Ia menolak (untuk bertaubat), lalu ia dipenjara dan diminta untuk bertaubat dalam waktu tiga hari. Namun ia tidak mahu bertaubat juga, sehingga (dijatuhi hukuman) dibakar dengan api. Amirul-Mu’minin berkata : “saithan telah menguasai dirinya. Ia datang kepadanya (ibn saba’) dan membisikkan ke dalam hatinya hal tersebut”
Begitu juga di dalam kitab Syarh Nahjul Balaghah (Kitab Syiah Rafidhah) juz 5 halaman 5 bahwa ‘Abdullah bin Saba’ pernah berdiri ketika ‘Ali bin Abi Thalib sedang berkhutbah. Lalu dia (Ibn Saba) berkata :
أنت أنت، وجعل يكررها، فقال له – علي – : ويلك من أنا، فقال : أنت الله، فأمر بأخذه وأخذ قوم كانوا معه على رأيه
“Engkau, engkau” Ia (ibn saba’) mengulang-ulang perkataan itu. Maka ‘Ali berkatakepadanya : “Celaka kamu, siapakah diriku ?” ibnu saba’ menjawab : “Engkau adalah Allah“. ‘Ali pun memerintahkan untuk menangkapnya dan orang-orang yang sependapat dengannya”.
Mereka (Syiah Rafidhah) sangat berlebih-lebihan dalam mengagung-agungkan Shahabat ‘Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu ‘anhu beserta keturunannya dengan memberikan sifat-hifat Ilahiyyah kepada mereka.
Mereka (Syiah Rafidhah) mengatakan bahwa ‘Ali, Hasan, Husain Radhyiallahu ‘anhum dan Fatimah Radhiyallahu ‘anha serta Muhammad SAW adalah nama-nama Allah, sehingga keyakinan mereka sangatlah sesat menyesatkan
Ibnu Shayyad adalah seorang Yahudi yang penuh dengan kontroversial, sebagaimana di dalam riwayat yang telah dicantumkan di atas, ia (Ibnu Shayyad) telah ditunggu-tunggu oleh Yahudi. Sehingga mereka (Yahudi) akan berusaha keras agar Rajanya tersebut dapat diterima oleh seluruh kalangan manusia dengan ciri-ciri yang melekat pada diri Ibnu Shayyad, terkhusus musuh Islam agar dapat menerima Dajjal dalam memerangi bangsa Arab yang beragama Islam. Maka mereka (Yahudi) akan menyusupkan keyakinan-keyakinannya ke musuh-musuh Islam agar segera menyambut Raja Yahudi tersebut.
Kemudian muncul seorang Yahudi yang bernama Abdullah bin Saba’ yang merupakan sumber agama Syiah Rafidhah dalam menuhankan ‘Ali Radhiyallahu ‘anhu, maka tidaklah menutup kemungkinan akan adanya sisipan-sisipan keyakinan Yahudi di dalam kitab-kitab literatur Syiah Rafidhah dalam menyambut Raja Yahudi tersebut, iaitu Dajjal. Sehingga akan dapat ditemukan riwayat-riwayat kaum Muslimin mengenai Dajjal yang akan mirip atau boleh dikatakan memang sama dengan riwayat-riwayat Syiah Rafidhah mengenai Imam Mahdi al-Muntazhar mereka, iaitu al-Qaim.
Penyusupan dan penyisipan keyakinan-keyakinan Yahudi dalam riwayat-riwayat Syiah Rafidhah pun telah diakui oleh seorang ayatussyiah yaitu Kamal al-Haidari.
Ini pula riwayat dari Syiah.....
Ibnu Juraih berkata, “Aku mendengar bahwa ketika dua belas kabilah Bani Israil (Yahudi) telah membunuh nabi mereka sendiri, satu kabilah di antara mereka menyesali perbuatannya. Lalu, mereka memohon kepada Allah untuk dipisahkan dari kabilah-kabilah lainnya. Allah menciptakan sebuah terowongan bawah tanah untuk mereka, lalu mereka berjalan di sana selama satu setengah tahun, sehingga mereka sampai ke Cina. Sampai saat ini mereka ada di sana dan mereka adalah kaum Muslimin dan mereka (Yahudi) akan bergabung dengan kabilah kami (Syiah).”
Bihar al-Anwar, jil. 54, hal. 316 -Kitab Syiah Rafidhah-
Syiah menganggap orang Yahudi akan menjadi penyokong Imam Mahadi nanti. Ternyata Imam Mahadi Syiah ini adalah Dajjal laknatullah sebagaimana pesanan Nabi saw.
Iran Negeri Syiah Rafidhah memelihara Yahudi agar menjadi Pasukan al-Qaim Imam Mahdi al-Muntazhar Syiah Rafidhah.
Semakin jelas bahawa Iran akan menjadi musuh sebenar Islam di akhir zaman.
Lebih mengejutkan lagi dalam Sahih Muslim, hadis ke 7034 : " Anas Bin Malik berkata bahawa Rasulullah saw berkata: ' Dajjal akan diikuti 70 ribu Yahudi dari Isfahan(iran) mengenakan selendang Parsi. "
0 Response to "Saidina Ali r.a. diangkat sebagai ALLAH oleh kaum syiah? sesat_syiah bukan islam "
Post a Comment