Bubur adalah sangat popular bukan sahaja sebagai sajian untuk mereka yang sakit tapi juga sebagai makanan kesihatan untuk para atlet juga.
Bubur mudah dimasak, murah dan sangat mudah didapati bahan-bahannya dan tidak memerlukan bakat memasak yang luar biasa.
Antara kebaikan yang boleh didapati dari pengambilan makanan bubur terutama yang diperbuat daripada oat ataupun bijirin secara keseluruhannya adalah mengurangkan risiko kolesterol, kanser dan penyakit jantung.
Berikut adalah beberapa tambahan untuk bubur anda agar ia lebih berperisa dan lebih menarik.
1. Kayu Manis
Mencampurkan kayu manis ke dalam makanan anda menurut kajian, boleh membantu menurunkan kemungkinan anda untuk mendapat risiko sakit jantung sambil menstabilkan kadar gula dalam darah.
Taburkan sedikit serbuk kayu manis ke dalam bubur anda untuk dihidangkan sebagai sarapan pagi kerana ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda.
2. Beri Biru
Buah-buahan beri ini mahal pada asalnya. Beri biru mengandungi sumber anti-oksidan yang paling tinggi yang boleh menurunkan tekanan darah sebanyak 10%.
Untuk menjimatkan wang anda dan mengelakkan buah-buahan tersebut dari membusuk terlalu cepat cuba beralih pada Waitrose sejuk beku yang sedia ada.
3. Protein Whey
Kepada mereka yang jarang mengambil susu kocak, agak sukar untuk anda mendapatkan pembesaran otot secara optimum.
Cara paling mudah untuk anda mengambilnya adalah dengan mencampurkan ia ke dalam bubur dan masak dalam ketuhar. Pilih perisa kegemaran anda dan adunkan ia bersama.
4. Badam
Tinggi dalam magnesium, vitamin E dan juga protein, badam membantu merendahkan kadar kolesterol dan memanjangkan hayat seseorang.
Namun jangan pula anda mengambilnya dengan terlalu banyak. Bimbang ia akan bertukar menjadi kalori yang sukar untuk anda bakar nanti.
0 Response to "4 Cara Untuk Menambahkan Khasiat Ke Dalam Bubur Anda"
Post a Comment