Individu yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutamanya pada bahagian perut. Perut terasa kembung kerana ketika mengalaminya, angin dalam badan tidak dapar dikeluarkan melalui sendawa atau kentut. Ia adalah disebabkan masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus.
Petua untuk melegakan angin dalam badan/kembung perut
Untuk menghilangkan ketidakselesaan perut akibat angin dalam badan, beberapa pilihan petua mudah boleh diikuti. Bahannya pula memang mudah didapati di kedai berdekatan atau bahan tersebut memang sudah ada di rumah.
Cara 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.
Cara 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.
Cara 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.
Cara 4: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.
Beberapa langkah pencegahan supaya tidak terkena masalah angin dalam badan:
a. Banyakkan minum air kosong.
b. Kurangkan udara yang anda sedut.
c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.
d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah.
0 Response to "4 Petua Mudah Untuk Hilangkan Angin Dalam Badan Dengan Cepat "
Post a Comment