Random Posts

4 Sebab Mengapa Anda Sering Terjaga Pada Waktu Malam

Hari sudah larut malam dan pada pukul 2.00 pagi anda mendapati diri anda terjaga. Apakah yang menyebabkan masalah tersebut.
Terjaga pada waktu tengah malam adalah sesuatu yang biasa bagi kita dan ia adalah sebahagian daripada DNA kita. Tiada siapa pun yang mampu lena sepanjang malam.
Namun yang paling penting sekali adakah anda mampu untuk kembali lena dengan segera selepas terjaga?

Berikut adalah beberapa penyebab yang menyebabkan anda mudah terjaga dan sukar untuk lena kembali.

kepanasan

1. Anda Sedang Kepanasan

Suasana panas kadangkala boleh menyukarkan anda untuk kekal lena – suasana bilik, apa yang anda pakai dan selimut semuanya untuk kembalikan anda pada suhu yang sepatutnya.
Mandi sebelum tidur boleh membantu anda untuk mudah lena – amalkan mandi air panas sebelum tidur untuk membolehkan tubuh anda menyejuk.
media sosial

2. Menghabiskan Masa Dengan Media Sosial

Jika rutin harian anda ketika ingin masuk tidur adalah memeriksa media sosial anda, aktiviti ni boleh merosakkan masa tidur anda.
Telefon bimbit adalah objek yang memancaran cahaya yang selalu diletakkan berdekatan muka anda – ia mampu mengurangkan penghasilan melatonin, iaitu hormon untuk lena.
alkohol

3. Mengambil Minuman Beralkohol

Pengambilan koktel kedua anda untuk mungkin membuatkan anda mengantuk – namun ia akan mengganggu tidur anda di kemudian waktunya.
Jika anda mengambil alkohol pastikan ia diambil beberapa jam awal sebelum waktu tidur – ia memberikan masa untuk tubuh anda memproses alkohol tersebut.
tekanan

4. Tekanan

Kadangkala berdepan dengan tekanan yang melampau juga boleh membuatkan tidur kita terganggu sekali-kala.
Lakukan meditasi ataupun yoga untuk merehatkan minda dan menghilangkan tekanan dan memperbaiki kualiti tidur anda.

0 Response to "4 Sebab Mengapa Anda Sering Terjaga Pada Waktu Malam"

Post a Comment

ad banner