Walaupun anda telah menetapkan dengan berdisiplin rutin makanan harian yang sihat pada setiap hari – makanan lewat malam tetap boleh mengganggu diet anda .
Makanan selepas makan malam boleh merosakkan diet anda secara keseluruhannya termasuk mereka yang menjaga pemakanan mereka.
Tapi tidak mengapa kerana mereka adalah pakar nutrisi dan mereka tentu lebih mengerti bagaimana cara untuk menghalang diri mereka dari mengambil snek tengah malam.
Berikut adalah cara bagaimana mereka melakukannya – anda pun boleh mencubanya.
1. Mengambil Sarapan Penuh Protein
Mengambil sarapan yang berkhasiat boleh membantu untuk menetapkan selera anda untuk bertahan dengan membuat pilihan yang sihat sepanjang hari.
Pastikan sarapan anda dipenuhi dengan khasiat protein – ia membantu menghilangkan ketagihan terhadap perkara yang tidak berfaedah.
2. Makan Secukupnya Ketika Siang
Tergoda untuk meninggalkan makan siang anda dan menyimpan kalori tersebut untuk makan malam dan selepasnya?
Tidak makan dengan secukupnya pada siang hari boleh menyebabkan anda berasa lapar dan akan ketagih makanan “junk” pada lewat malam.
3. Dapatkan Snek Yang Lambat Hadam
Jika anda hanya mengharapkan biskut yang anda bawa ke ruang tamu sambil menonton tv, kemungkinan biskut tersebut akan habis lebih awal dari filem yang anda tonton.
Dapatkan sesuatu yang anda boleh makan dengan perlahan-lahan seperti kacang pistachio kerana ia mengambil masa untuk membuka kulitnya.
4. Pertimbangkan Apa Yang Anda Ketinggalan
Cuba anda lihat kembali menu yang telah anda ambil sepanjang hari – ada tak anda mengambil buah-buahan atau sayur-sayuran? Bagaimana pula dengan pengambilan protein anda?
Jika anda ada ketinggalan mengambil salah satu dalam kumpulan makanan tersebut maka ambillah itu sebagai keutamaan anda dahulu.
5. Buat Pemanis Mulut Anda Sendiri
Gabungan pisang yang dicelupkan ke dalam coklat boleh menjadi suatu yang menyelerakan sebagai pemanis mulut anda.
Malah ia juga kaya dengan kandungan potasium dan magnesium yang membantu otot anda untuk rileks dan karbohidrat untuk memudahkan anda tidur.
0 Response to "5 Langkah Untuk Mengelakkan Anda Dari Mengambil Makanan Lepas Tengah Malam"
Post a Comment