Random Posts

Bagaimana Untuk Menjaga Kebersihan Bahagian Sulit Anda

Segala macam masalah kesihatan akan berkait rapat dengan bahagian sulit anda – aliran darah yang lancar adalah penting untuk ereksi manakala faktor fizikal dan mental yang lain pula adalah penting untuk fungsi zakar yang baik.
Jika anda kerap mengalami tekanan berkenaan pelbagai perkara dan mempunyai berat badan berlebihan – maka fungsi zakar anda akan seterusnya mengalami masalah.

Jika anda masih inginkan bahagian sulit anda itu berfungsi seperti biasa ketika umur anda mencecah 80 tahun – cuba tip-tip berikut.

hilang lemak

1. Hilangkan Lemak Pada Perut

Makan makanan yang berkhasiat setiap hari dan bersenam dengan kerap untuk mendapatkan berat badan ideal dan membuang lemak di bahagian perut yang menggelebeh.
Lemak pada perut boleh menghalang aliran testosteron yang sepatutnya disalurkan kepada anda yang mana akan mengganggu fungsi seksual zakar anda.
henti merokok

2. Berhenti Merokok

Merokok hanya akan mengetatkan salur darah anda dan mengelakkannya daripada kembali untuk aktif seperti sediakala.
Nikotin menghadkan aliran salur darah dan seterusnya melemahkan ereksi – menjadikan perokok antara mereka yang paling kerap mendapat mati pucuk.
berjalan

3. Berjalan Setiap Hari

Apabila anda kerap berjalan maka salur darah anda akan tambah terbuka – maka darah akan mengalir ke sel endothelial dan menstimulasikan mereka untuk memberi ketegangan.
Bersenam juga didapati menjadi antara ubat terbaik untuk mengurangkan simptom kemurungan ringan.
makan ikan

4. Makan Lebih Ikan

Omega 3 yang terdapat di dalam ikan adalah sangat penting untuk kesihatan jantung dan zakar anda – namun sesetengah ikan mengandungi toksin seperti PCB dan dioksin yang mengurangkan testosteron.

0 Response to "Bagaimana Untuk Menjaga Kebersihan Bahagian Sulit Anda"

Post a Comment

ad banner