Random Posts

Beg ‘Pasar Malam’ Jenama Balenciaga Ini Dijual Pada Harga RM40 Ribu

Jenama fesyen high end terkenal Balenciaga telah melancarkan koleksi beg terbaru di bawah kendalian creative director terbaru mereka, Demna Gvasalia. Demna juga merupakan pengasas untuk jenama fesyen yang kini menjadi pilihan artis terkenal Hollywood, Vetements.
v
Banyak rekaan beg yang keluar untuk koleksi terbaru Balenciaga ini tetapi model ini paling mendapat perhatian. Oversized shopping bag keluaran Balenciaga, model Cabas Shopper ini mirip shopping bag yang biasa anda jumpa di pasar malam. Dan dikatakan Demna memang mengambil inspirasi shopping bag ini dari beg shopping yang banyak digunakan di Hong Kong dan Thailand.
Balenciaga-Fall-2016-Bags-5
tland 1
tland 2
Menariknya, model Cabas Shopper ini mendapat permintaan tinggi peminat fesyen di Eropah. Kalau anda nak beli pun boleh. Anda boleh beli secara online di laman Colette. Beg ini berharga USD 10,000 (lebih kurang RM40,000) untuk beg yang diperbuat dari kulit ular dan 2,000 Euro (Lebih kurang RM10,000) untuk model yang diperbuat dari kulit.
Kalau anda rasa mahu beli beg mirip Balenciaga ini tetapi diperbuat daripada nylon, dekat Chow Kit ada jual. Selamat mencari!

0 Response to "Beg ‘Pasar Malam’ Jenama Balenciaga Ini Dijual Pada Harga RM40 Ribu"

Post a Comment

ad banner