Hukum Berjimak Sebelum Mandi Wajib.. Lepas Jimakkan Boleh Mandi, Ramai Pembaca Keliru..
Soalan:
Saya sudah bersih daripada didatangi haid. Apakah boleh sekiranya saya membenarkan suami saya menyetubuhi saya sedangkan saya belum lagi mandi wajib dan apakah hukumnya. Adakah saya berdosa terhadap suami saya sekiranya suami saya tidak mengetahuinya?

Jawapan:
Syekh Mahmud Khitab As Subki mengatakan, bahawa menurut kebanyakan para ulama Jumhur persetubuhan yang dilakukan sehabis berhentinya darah haid sebelum mandi adalah haram, sekalipun berhentinya itu pada akhir masa haid yang terpanjang.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 222 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah; “Ianya kotor (mudarat), oleh itu hendaklah kamu menghindarkan diri dari isterimu (jangan menyetubuhinya) dan jangan kamu hampirinya sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci (mandi), datangilah mereka sebagaimana yang telah diperintahkan Allah ke atas kamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertaubat dan yang membersihkan diri”.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dalam hadis riwayat ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha ketika Fatimah binti Abi Hubaisy menemui Baginda mengenai masalah haid dan istihadhah.
Maksudnya: “Maka jika datang haidhmu, maka kamu tinggalkanlah sembahyang, dan jika (kadar masa kebiasaan haidh) telah berlalu (tamat), maka bersihkanlah dari dirimu darah haidh (mandilah) kemudian sembahyanglah”.(Hadis riwayat al-Bukhari)

Secara dasarnya darah haid itu bukan sahaja menjijikkan kepada orang lain, malah bagi perempuan yang mengalami haid itu sendiri. Kerana itu, tegahan melakukan persetubuhan ketika haid walaupun menggunakan kondom adalah sangat tidak wajar, di samping ianya mendatangkan mudharat. Manakala dari sudut pandangan agama, hukumnya adalah haram dan melakukannya dengan sengaja merupakan dosa besar dan pelakunya disunatkan membayar kaffarah.
Jika anda telah terlanjur melakukan sesuatu perkara yang dilarang dalam agama, sedangkan anda tidak mengetahui kedudukan hukum yang sebenarnya, maka segeralah bertaubat kepada Allah, dan berhati-hatilah dalam mengerjakan syariat yang telah ditentukan Allah SWT. Hanya kepada Allah kita semua berserah diri dan hanya Allah Yang Maha Pengampun. Wallahu A’lam.
0 Response to "Hukum Berjimak Sebelum Mandi Wajib.. Lepas Jimakkan Boleh Mandi, Ramai Pembaca Keliru.."
Post a Comment