Random Posts

Info Pergigian : Flossing

Flos Pergigian adalah sejenis benang yang sangat unik. Walaupun flos berbentuk seperti benang tetapi ia adalah sangat tahan dan tidak mudah terputus. Flos digunakan untuk membersih kawasan di celah-celah gigi.

Mengapa menggunakan flos penting?
Kedudukan gigi kita biasanya adalah sangat rapat. Oleh itu, berus gigi biasanya tidak dapat membersihkan kawasan yang di celah-celah gigi yang sempit tersebut. Penggunaan flos adalah sangat berkesan untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak gigi yang melekat di antara celah gigi yang tidak dapat dibersihkan ketika memberus gigi.
getty_rf_photo_of_man_flossing_teeth
Apakah jenis-jenis flos gigi?
Ada beberapa jenis flos gigi :
  1. Flos berlilin atau tanpa lilin
  2. Flos berperisa atau tanpa perisa
  3. Pita gigi
  4. Super flos
Kesemua jenis flos yang dinyatakan di atas berkesan untuk membersihkan gigi jika anda menggunakannya dengan teknik yang betul.

493ss_thinkstock_rf_man_flossing_teeth
Berapa kerap anda perlu menggunakan flos?
Amalan menggunakan flos dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari terutama sebelum tidur.
floss
Bagaimanakah cara menggunakan flos?
Langkah-langkah yang perlu diambil bagi menggunakan flos dengan lebih berkesan:
  1. Ambil flos sepanjang lebih kurang 18 inci. Kemudian lilitkan flos kepada kedua-dua jari tengah tangan anda dan tinggalkan dalam jarak 1 inci, di antara kedua jari. Regangkan flos.
  2. Masukkan flos di celah gigi dan gerakkan ke atas dan ke bawah beberapa kali kemudian disekeliling permukaan gigi di aras garisan gusi.
  3. Jangan lupa membersih di permukaan belakang bagi gigi yang paling belakang.
  4. Perlahan-lahan buka lilitan di jari untuk mendapatkan bahagian flos yang bersih semasa aktiviti membersih gigi dijalankan.

how-to-floss-your-teeth
Bagaimanakah cara menggunakan flos untuk kanak-kanak atau mereka yang kurang upaya?
Kebiasaannya flos boleh digunakan oleh semua golongan. Walaubagaimanapun bagi kanak-kanak atau golongan kurang upaya, ibu-bapa/penjaga bolehlah membantu dan mengajar teknik memflos sehingga mereka dapat melakukannya dengan berkesan. Selain itu flos yang mempunyai pemegang khas mungkin boleh memudahkan golongan kurang upaya untuk membersihkan gigi.
99093b5aa88908e358477eb53a4e4a5b
Mengapa kadang-kala gusi saya berdarah apabila menggunakan flos?
Gusi mungkin boleh berdarah apabila seseorang menggunakan flos. Ada beberapa penyebab keadaan ini: Pertama, teknik yang salah seperti tekanan yang berlebihan boleh menyebabkan gusi tercedera, oleh itu pendarahan kecil boleh berlaku. Kedua, ia adalah petanda gusi anda sebenarnya kurang sihat (penyakit gingivitis). Gusi yang kurang sihat sememangnya mudah berdarah apabila diflos atau diberus dengan menggunakan berus gigi.
7ee04d421dc7690f50ff20b309090354_keep-teeth-falling-out-300x300_gallery
Bolehkah flos menyembuhkan penyakit keradangan gusi (gingivitis)?
Amalan kebersihan mulut yang baik seperti memberus gigi, menggunakan flos dan ubat kumur boleh menyembuhkan penyakit keradangan gusi (gingivitis). Ianya akan lebih berkesan sekiranya digunakan secara kombinasi dan dengan teknik yang betul. Walaubagaimanapun sekiranya penyakit gusi anda masih tidak sembuh anda mesti mendapatkan rawatan dengan doktor pergigian.
flossing
Apakah yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan flos?
  1. Anda mesti menggunakan cara pergerakan yang betul. Teknik yang salah akan menyebabkan kecederaan pada gusi.
  2. Anda mungkin mengalami kesakitan atau pendarahan di bahagian gusi ketika mula-mula menggunakan flos. Jika pendarahan masih berlaku selepas seminggu menggunakan flos, berjumpalah dengan doktor pergigian.
  3. Sekiranya anda menghadapi kesukaran mempelajari teknik yang betul, anda bolehlah mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar dari doktor pergigian semasa berkunjung ke klinik pergigian.

0 Response to "Info Pergigian : Flossing"

Post a Comment

ad banner