Dulu semasa saya kecil, saya selalu bergaduh dengan abang saya nombor
lima. Macam anjing dengan kucing, ibaratnya. Hehe! Tetapi ibu saya
selalu menangkan abang. Ibu marah dan rotan saya.
Pernah sekali saya mencarut, keluar perkataan bukan-bukan (semoga Allah
maafkan saya), abang-abang pun apa lagi, tangkap dan ibu ambil cili dan
cilikan mulut saya. Pergh! Rasa 2 inci tebal mulut ini. Padahal itu
salah abang saya, bukan salah saya. Saya rasalah. Hehe!
Satu hari, saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada seorang ustaz ini.
"Kalau anak kita bergaduh yang kecil dan besar, jangan marahkan yang
besar sebab dia dah besar. Malu dia depan adik dia bila dia kena marah.
Tapi marahkan yang adik. Bila abang tengok adik dia kena marah, si abang
akan rasa kasihan pada adiknya," katanya.
Saya terus terfikir. MasyaAllah, ibu saya tak pernah pun pergi ceramah
parenting seperti ini, saya rasa. Atok-atok nenek kita tak pernah pun
pergi kursus bagai. Tetapi cara didikan mereka itulah yang menyebabkan
kita menjadi 'manusia' hari ini. MasyaAllah.
Ada seornag cikgu ini memberitahu saya satu lagi ilmu, macam mana nak
beri anak-anak kita berkasih sayang. Rupa-rupanya dari kecil lagi kita
perlu melatih mereka memberi hadiah sesama dia.
"Akak, ini hadiah adik bagi. Akak cakap akak sayang adik,"
Kadang-kadang beritahu juga pada kakak,
"Adik, ini kakak ada bagi hadiah,"
Sebenarnya kita yang beri hadiah itu tetapi gunakan nama anak-anak kita yang bagi. Nanti mereka sayang antara mereka.
Tetapi sedih bila melihat situasi hari ini. Kadang-kadang bila pergi
shopping dengan wife, ternampak gelagat mak dan ayah marah anak mereka
di depan orang ramai. Cubit, lempang anak di depan anak-anak yang lain.
Baru saya faham sebenarnya setiap anak ini ada maruah masing-masing.
Jangan jatuhkan air muka anak kita di depan anak-anak yang lain supayah
mereka saling sayang menyayangi dan hormat menghormati.
Sebab itu kadang-kadang saya ditanya,
"Anak saya ini makin besar, makin tak nak ikut kami pergi ke mana-mana ustaz. Budak-budak sekarang.."
Bagi saya, sama saja budak sekarang dengan budak dulu. Tetapi bagaimana
cara kita mendidik dan suasana yang kita wujudkan di rumah dan di tempat
dia belajar.
Anak-anak hari ini lebih suka duduk dengan kawan-kawan mereka sebab
kawan-kawan lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa
menghargai anak kita. Kita lebih suka bercakap dengan telefon dan senyum
pada telefon berbanding senyum dan bercakap dengan anak-anak kita.
"Ya Allah, ampuni kami. Semua salah saya,"
Saya pernah dikongsi satu orang pakcik. Dia suami kepada cikgu kima saya
dulu, Cikgu Joned Badar. Pakcik Mus ada 11 orang anak lelaki dan semua
berjaya dengan bermacam-macam profession. MasyaAllah. Masa kecil,
anak-anak mereka ini kalau datang beraya, habis rumah orang dikerjakan.
Pecah sana sini, tuan rumah berbulu je tengok. Tetapi pakcik Mus akan
bawa anak dia yang buat salah tadi masuk kereta, bawa pusing-pusing
makan aiskrim. Selepas habis makan, dia akan marah dan nasihat anak dia
dalam kereta seorang-seorang. Bukan di hadapan anak-anak yang lain.
MasyaAllah. Banyak yang saya belajar dengan pakcik Mus.
Kadang-kadang perasan tak, kita kata pada anak kita.
"Ibu nak Ahmad balik sebelum jam 6.30 petang!"
Bila dia balik lewat, kita marah, tengking dan pukul mereka. Tetapi ada
masa dia balik lebih awal dari jam 6.30 petang, kita terlupa nak
menghargai dia.
"Bagus anak ibu, balik awal. Anak soleh betul,"
Kadang-kadang kita kedekut nak memuji anak kita. Kita lebih suka melihat
kebaikan anak orang lain, puji anak orang lain berbanding memuji darah
daging kita sendiri.
Ya Allah Tuhan kami, maafkan kami. Kami bodoh, tak pandai menjadi ibu
dan bapa, abaikan tanggungjawab kami untuk mendidik anak kami dengan
cara sunnah. Kami tak kenalkan mereka dengan Mu dan Nabi SAW. Maafkan
kami ya Allah. Kami lebih sibuk dengan dunia kami, harta kami berbanding
mendidik anak-anak kami menjadi seperti sahabah rhum.
Ya Allah, ajarlah kami menjadi ibu bapa seperti sahabah rhum. Wahai
Allah Tuhan kami, janganlah jadikan anak-anak kami sebagai penghalang
pada kami untuk masuk syurgaMu. Amin. - Ustaz Khailil Razak
0 Response to " MESTI KENA AMBIL TAHU !!! Kalau Anak-Anak Kita Bergaduh, Jangan Marahkan Yang Besar "
Post a Comment