Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati!
|  | 
| Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati! | 
Mark mempunyai minat menyanyi sejak kecil ketika berumur 8 tahun dan 
pernah memenangi Battle of Champion di Cebu City, Filipina ketika usia 
12 tahun.

Disebakan keperitan hidup keluarganya menyebabkan Mark mencari sesuap 
nasi dengan menyanyi di mana-mana sahaja. Bahkan, keluarganya pernah 
menetap di kawasan setinggan yang rumahnya berlantaikan pasir di Cebu 
City.
Gara-gara kesusahan keluarga, Mark mula berhijrah ke Malaysia dan mula 
menjadi penyanyi di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2001. Selepas
 dua tahun menetap di Malaysia, Mark berkahwin dengan Norazah Redzuan 
pada tahun 2003 dan memohon warganegara tetap selama enam tahun.
Walaupun
 sehingga kini masih belum dikurniakan cahaya mata, Mark akui berterima 
kasih kepada isterinya kerana banyak membantu beliau untuk sampai ke 
tahap sekarang. Begitu banyak jasa isterinya sehingga kehidupan Mark 
kini berubah 360 darjah.
Malah, kini Mark makin popular di kalangan netizen bahkan dia mampu 
menjadi pelawak dan juga pelakon. Antara lagu popular Mark seperti Marry Me mendapat perhatian netizen dan sering diputarkan di corong-corong radio. Manakala drama pertama Mark ialah Suami Tanpa Cinta turut mendapat perhatian orang ramai.

Berikut biodata Mark Adam.
Nama penuh : Fikri Adam Mark bin Abdullah
Umur: 37 tahun
Negara asal : Filipina
Tarikh lahir : 15 Oktober 1979
Lagu: Pencuri, Si Katak, Marry Me
Instagram mark adam : @markadam1079
0 Response to " Pasti Ramai Tidak Tahu..Kisah Disebalik Penghijrahan Mark Adam Ke Malaysia Yang Menyentuh Hati! "
Post a Comment