Impian lelaki ini adalah untuk kelihatan seperti Arnold Schwarzenegger atau the Hulk.
Jadi disebabkan itu ahli bina badan Valdir Segato mengambil keputusan untuk mencucuk ototnya dengan minyak untuk mempercepatkan impiannya untuk menjadi popular dengan badan sado.
Berat badannya telah bertambah sebanyak 25kg hasil dari injeksi synthol yang menyakitkan. Biarpun tahu perkara itu boleh membawa maut dan hanya membuat ‘otot sado palsu’, Valdir berkata dia sangat bangga apabila orang memandangnya di jalanan.
Valdir, 48, mula menyucuk dirinya dengan minyak yang mungkin boleh membawa risiko itu lima tahun yang lalu. Sejak dari itu, saiz lengannya bertambah dari 12 inchi dan dia inginkan yang lagi besar.
Pekerja binaan dari Sao Paulo, Brazil itu berkata di bangga dikenali sebagai ‘He-Man’ dan raksaksa oleh masyarakat tempatan. Menurut Valdir, dia dahulunya seorang penagih dadah dan badannya hanya tinggal sekeping tulang. Bagi mengubah hidupnya, Valdir mula ke gym dan dari situlah dia dikenalkan dengan minyak tersebut oleh seorang pengguna lain.
“Minyak itu biasanya estetik, ia membentuk badan dan membuatkan otot bengkak, ia tidak menjadikan seseorang lebih kuat.
“Doktor menyuruh saya berhenti tapi ianya keputusan saya kerana saya mahukan dan sukakannya,” kata Valdir yang menyedari minyak itu boleh membunuhnya.
0 Response to "AHLI BINA BADAN CUCUK DIRINYA DENGAN MINYAK SUPAYA KELIHATAN SEPERTI INI (VIDEO + GAMBAR)"
Post a Comment