"Hasil makeup gunakan Tomford. Tak adalah tebal macam kita pakai Mac.
Ini sekadar nak berkongsi sebab benci nak mampos tengok perempuan makeup
kusam dan bercapuk. Baik tak payah jadi perempuan kalau makeup macam
haram. Laser betul ni," katanya.
Kapsyen gambar Instagramnya itu mengundang pelbagai reaksi netizen
terutamanya golongan wanita yang menganggap kata-kata itu sebagai satu
penghinaan.
Sebanyak 2,611 komen yang telah ditinggalkan dan rata-ratanya membidas semula kata-kata Safiey Ilias itu.
Antaranya:
"Awak pun makeup tak betul, ada hati nak mengata orang. Mana ada orang
makeup muka putih saja kalau yang freehair. Mesti pakai di leher juga
foundation, cc cream, bedak bagi rata sama warna dengan kulit muka.
"Kalau muka putih, leher hitam, entahlah nak. Lepas itu mana ada orang
lukis kening macam itu even tak tebal pun. Kening macam itu macam akak
akak yang baru nak belajar saja. Orang lukis kening depan itu jangan
sama gelap dengan yang belakang. Penat pula saya nak explain di sini.
Pandai-pandailah awak fikir ya mana yang silap. Sebelum mengata orang,
cerminkan diri dulu ye awak, terima kasih," kata Asyalliee.
Terdahulu, Safiey Ilias mengumumkan bahawa beliau kembali menjadi pondan kerana tertekan dan kecewa dengan persepsi masyarakat yang didakwanya masih memandang serong terhadapnya. Bagaimanapun, masih ramai yang berharap agar beliau bertaubat dan kembali menjadi lelaki sejati. - The Reporter
0 Response to " 'Baik Tak Payah Jadi Perempuan Kalau Makeup Macam Haram' "
Post a Comment