Gambar hiasan |
Adakah selamat melakukan hubungan seks semasa hamil? Bila pula seks tidak selamat semasa hamil? Ianya boleh di lakukan sekiranya kehamilan itu ‘normal’. Hubungan seks tidak memudaratkan kandungan.
Hubungan Seks Tidak Mengganggu Janin
Ada pasangan sengaja tidak melakukan hubungan kelamin kerana takut kononnya gerakan anggota sulit suami dalam faraj boleh mengganggu janin. Sebenarnya kedudukan janin dalam rahim dan posisi rahim tidak sehala dengan faraj. Jadi kemungkinan ereksi suami mengganggu rahim tidak timbul. Hanya ada kemungkinan cengkaman boleh berlaku kepada rahim ketika isteri klimaks, dan inipun pada awal kehamilan. Jika isteri tidak klimaks, keadaan ini tidak berlaku. Jarang berlaku pendarahan pada peringkat awal hamil. Jika ada tanda tompok coklat keluar selepas beberapa hari lewat haid dan kebetulan wanita itu hamil, tanda itu dikenali sebagai pelekatan janin. Posisi yang Sesuai Hubungan seksual penetratif boleh dilakukan jika pasangan ingin melakukannya. Posisi ikut keselesaan isteri dan penetrasi boleh dilakukan tanpa menggunakan kekerasan. Posisi sesuai ialah isteri mengiring dan suami mengiring di belakangnya serta memasukkan ereksi dari belakang. Melalui cara ini kemasukan ereksi suami hanya sedikit dan di antara bibir besar dan kecil. Sentuhan didapati mencukupi untuk suami mencapai klimaks. Selain posisi ini, ada beberapa posisi yang sesuai dan ini juga mengikut keselesaan isteri.
Seks Ketika Hampir Tarikh Bersalin
Tiada sebab kenapa persetubuhan perlu dihentikan beberapa minggu sebelum isteri bersalin. Ada keadaan yang mana proses kelahiran boleh tercetus ketika suami dan isteri rancak melakukan persetubuhan. Ini jarang berlaku dan bukan satu risiko. Apabila sampai ke peringkat menunggu kelahiran bayi, mungkin pasangan tidak lagi terasa hendak bersetubuh, malah tidak mahu tunggu lagi untuk menimang cahaya mata, dan mungkin ketika itu hubungan intim lebih seronok tanpa penetratif. Bilakah ianya tidak selamat Apabila kandungan itu dikatakan kandungan berisiko tinggi. Seperti keadaan berikut:- * Perdarahan tidak ketahui sebabnya (Unexplained vaginal bleeding ) * Terdapat gejala saperti kekejangan atau kontraksi atau kandungan kebar atau lebih.Yangmembolehkan kelahiran pramatang * Kebocoran(leaking) air amniotic atau ketuban * Placenta previa, atau uri bawah * Serviks inkompeten, satu keadaan di mana serviks atau pangkal rahim lemah dan membuka merisikokan keguguran dan kelahiran pramatang Jika pendarahan ringan berlaku pada bila-bila masa dalam awal tiga bulan hamil, wanita itu perlu segera berjumpa doktor dan mengelak daripada bersetubuh. Jika kehamilan masih aktif, doktor akan beri ubat sewajarnya untuk mengukuhkan kedudukan janin dan jika kehamilan berjalan lancar, hubungan kelamin boleh dilakukan tanpa was-was. Jarang pendarahan berlaku kembali selepas kehamilan masuk bulan keempat. Jika berlaku, hubungan kelamin perlu dihentikan sehingga kedudukan kehamilan menjadi stabil dan tiada kesan pendarahan. Selepas dua atau tiga minggu, baru hubungan intim boleh dilakukan dengan izin doktor. Sekiranya tidak tahu samaada hubungan kelamin di bolehkan atau sebaliknya eloklah hubungi masaalah ini pada pakar.
0 Response to "BERJIMAK KETIKA HAMIL"
Post a Comment