Mereka menjadi tumpuan kerana ibu bapanya merupakan antara individu berpengaruh di Hollywood, jadi gelagat mereka sering menjadi perhatian umum. Disebabkan kanak-kanak comel ini berpengaruh, jadi setiap fesyen yang digayakan turut menjadi perhatian malah ada dikalangan mereka menjadi inspirasi untuk fesyen kanak-kanak, malah, sudah mempunyai label di usia yang masih muda. Hah, bayangkan? Rasanya siapa antara kanak-kanak ini?
Ini Wanista senaraikan beberapa kanak-kanak paling berpengaruh dan popular di dunia.
BLUE IVY CARTER
Anak kepada pasangan selebriti yang paling digeruni di Hollywood ini dilahirkan pada 7 Januari 2012 di New York. Ibu bapanya, Beyonce dan Jay-Z merupakan antara pasangan selebriti terkaya dan berpengaruh. Mereka bukan sahaja meraih jutaan dolar keuntungan menerusi album dan royalti lagu, malah melakar kejayaan dalam bidang yang diceburi. Ivy merupakan pewaris tunggal kepada kekayaan dan asset yang bernilai jutaan dolar daripada Jay-Z dan Beyonce.
PRINCE GEORGE
Anak sulung dari pasangan diraja Prince William dan Kate Middleton ini bukan sahaja menjadi perhatian dunia malah disayangi oleh rakyat di England. George atau nama penuhnya George Alezander Louis dilahirkan pada 22 Julai 2013. Kebanyakan peminat diraja British menjadikan Prince George sebagai rujukan untuk fesyen kanak-kanak. Prince George juga merupakan pewaris takhta British selepas atuk dan ayahnya.
NORTH WEST
North West atau nama samarannya Baby KimYe dilahirkan pada 15 Jun 2013. Anak perempuan kepada pasangan kontroversi Kanye West dan Kim Kardashian ini baru sahaja memiliki adik lelaki, Saint West pada Disember tahun lalu. Kim Kardashian meraih pendapatan melebihi 50 juta dolar tahun lalu dan North dan Saint memang dimanjakan dengan kemewahan oleh ibu bapanya.
SURI CRUISE
Anak kepada pelakon Tom Cruise dan Katie Holmes ini memang dikenali sebagai kanak-kanak yang paling bergaya dan peramah. Walaupun dilimpahi dengan kemewahan sejak dari kecil, ibunya Katie berusaha mendidik Suri membesar seperti kanak-kanak biasa yang lain. Walaupun kedua orang tuanya sudah berpisah, namun mereka bersama-sama membesarkan Suri. Suri juga turut mempunyai jenama pakaian sendiri sejak 2013 dan diberikan nama ‘Suri’ dan telah mula dipasarkan sekitar New York.
HARPER SEVEN BECKHAM
Anak bongsu dan satu-satunya perempuan untuk pasangan hebat David Beckham dan Victoria Beckham ini memang dikenali dan sentiasa menjadi tumpuan paparazzi. Seperti Suri, Blue Ivy dan North West, Harper juga kerap dilihat bersama Victoria mengenakan pakaian yang sedondon malah fesyennya cukup memikat ramai. Terlalu comel!
SHILOH NOUVEL JOLIE-PITT
Dunia mengetahui Angelina Jolie dilaporkan telah menfailkan penceraian dari aktor Brad Pitt dengan turut menuntut penjagaan kesemua enam anak mereka. Okay, tolak ketepi berita menyedihkan ini. Shiloh, puteri kesayangan pasangan Brad Pitt dan Angelina Jolie mencuri tumpuan apabila sering tampil mengenakan persalinan sut, bertali leher dan selesa dengan potongan rambut pendek ketika menghadiri majlis rasmi.
0 Response to "KENALI KANAK-KANAK PALING BERPENGARUH & POPULAR DI DUNIA"
Post a Comment