Tidak perlu diperkatakan lagi tentang salah seorang ahli Bigbang, Top. Orangnya yang segak dengan suara garau cukup seksi, rupa paras yang sangat ‘man’ serta kulit sawo matang malah penampilan yang sentiasa kemas dan sopan ini sentiasa membuatkan ramai wanita jatuh cinta padanya.
Buktinya, Top sebelum ini pernah dipilih sebagai pemuzik paling seksi tahun 2013 oleh penonton saluran Fuse TV di Amerika Syarikat. Top berjaya menewaskan 14 penyanyi dari seluruh dunia termasuk Harry Styles, Justin Bieber, Justine Timberlake dan Jay Z.
Bersempena dengan ulang tahun ke-23 Majalah Cosmopolitan China edisi bulan September, Top diberi penghormatan menjadi penghias kulit muka depan. Auranya terserlah apabila mengenakan pelbagai rekaan dari sut serba biru, jaket belang, sweater bercetak dan juga long coat. Hallyu star ini membuktikan dia mampu menggayakan apa sahaja yang diberi dengan mudah!
Jom tengok!
0 Response to "OMG! 7 GAMBAR BIGBANG TOP DALAM MAJALAH COSMOPOLITAN CHINA BIKIN WANITA CAIR"
Post a Comment