Kaki adalah pusat yang menempatkan banyak saraf-saraf utama yang berhubung dengan struktur serta fungsi tubuh seorang manusia dan mungkin kerana itu jugalah tabib-tabib Cina sering memfokuskan penjagaan kesihatan kaki -teknik urutan refleksologi.
Seperti tangan, kaki juga boleh mencerminkan keadaan tubuh badan anda yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ayuh Wanista huraikan untuk anda, 10 penyakit yang boleh diketahui melalui kaki.
#1 Tumit Kaki Kering & Pecah-Pecah
Risiko: Masalah Tiroid
Jenuh menyapu losen pelembab sekalipun, tumit kaki anda msih merekah dan pecah. Apabila kelenjar tiroid berhenti berfungsi dengan baik ia akan mengurangkan penghasilan hormon tiroid yang menyokong kadar metabolisma, tekanan darah, pertumbuhan tisu serta pergerakkan tulang dan sistem saraf manusia.
Tiroid (kelenjar berbentuk rerama yang terletak di bahagian bawah leher)akan menyebabkan kulit menjadi kering.
“Jika anda menyapu losen atau pelebab pada tumit dan beberapa hari selepas itu ia masih kering dan merekah, bermakna anda mungkin menghidap komplikasi kelenjar tiroid”, jelas Marlene Reid, seorang pakar kaki di Naperville, Illionis.
#2 Jemari Kaki Langsung Tidak Punyai Bulu-Bulu Halus
Risiko: Peredaran Darah Yang Lemah
Jika tiba-tiba, bulu pada jari-jemari kaki anda hilang atau gugur, anda mungkin mempunyai masalah perederan darah yang berpunca dari Peripheral Arterial Disease (PAD). Penyakit arteri ini juga akan menyebabkan kulit pesakit jadi nampak berkilat dan nipis, tidak mempunyai bulu langsung pada jari kaki serta jari kaki bertukar warna kebiru-biruan (lebam).
#3 Jari Membongol
Risiko: Kanser Paru-Paru atau Sakit Jantung
Jari yang membengkak biasanya akan dikaitkan dengan kanser paru-paru, jangkitan pada paru-paru, penyakit jantung mahupun penyakit usus.
Secara amnya, kanser paru-paru dan sakit jantung akan mengurangkan rintangan vaskular yang akan meningkatkan tekanan darah ke bahagian saluran darah kecil pada jari tangan dan kaki. Tisu juga membengkak dan hasilnya, jari akan membulat dan menjadi bengkak.
#4 Garisan Lurus Kasar Bawah Kuku Kaki
Risiko: Kanser Kulit
Garisan gelap menegak yang muncul dari bawah kuku kaki mungkin adalah petanda kepada bentuk kanser kulit. “Ia adalah sejenis garisan gelap yang muncul pada bahagian paling bawah kuku sehingga ke penghujung kuku yang satu lagi,” jelas Pichney. Oleh itu, anda harus lekas berjumpa pakar kulit.
Pastikan ia bukanlah kulat kuku, lazimnya berwarna kuning keperangan yang hanya muncul sekali-sekala. Risiko ini selalu menyerang mereka yang berkulit gelap.
#5 Kuku Kaki Berlubang & Berkerak
Risiko: Psoriasis
Jika anda perasan pada kuku terdapat lubang mahupun kerak, anda mungkin menghidap penyakit psoriasis yang menyebabkan gatal dan bintik-bintik merah tumbuh merata pada kulit.
Lima peratus individu yang mempunyai kondisi kuku sebegitu selalunya tidak akan merebak ke atas kulit. Namun dinasihatkan supaya jika kuku berlubang, haruslah segera berjumpa doktor.
Gejala Psoriasis yang lainnya adalah seperti garisan menegak serta bintik-bintik putih muncul pada kuku. Doktor kemudian akan memberi sejenis krim sapu topikal atau setroid untuk disuntik di bawah kuku.
#6 Kaki Membengkak
Risiko: Gout & Radang Sendi
Mungkin gout dan mungkin juga masalah radang sendi (arthritis). Ia berpunca dari mengambilan makanan yang tinggi dengan purin, daging merah yang mengandungi kompaun kimia, ikan dan sesetengah alkohol.
Kesemua makanan tersebut secara tidak langsung meningkatkan asid urik dalam tubuh.
Sejurus bangkit dari tidur, kakinya akan menjadi bengkak, merah dan keras, pastinya, ia juga sangat menyakitkan. Doktor mungkin akan memberi komposisi ubat-ubatan untuk mengurangkan bengkak serta mencadangkan supaya anda mengurangkan makanan yang kaya dengan kandungan purin (ayam, kuaci, telur ikan (caviar), itik, organ binatang, kepah, daging merah, kismis, kambing, udang dll.) supaya anda dapat sembuh sebaiknya.
#7 Timbul Garisan Merah Halus Di Bahagian Tilam Kuku
Risiko: Infeksi Jantung
Ia mungkin kerana saluran darah anda telah pecah. Ini berlaku apabila terdapat darah beku di bahagian bawah kuku sehingga merosakkan kapilari halus darah yang terdapat di bahagian sulit tersebut. Menggalakkan endocarditis seterusnya menyebabkan lapisan dalam jantung juga terkena jangkitan.
Jantung anda akan berhenti berfungsi jika anda mengelat untuk mendapatkan rawatan. Jika terdapat garisan merah tersebut pada tilam kuku, lekas dapatkan nasihat parkar.
#8 Sengal Kaki Yang Tidak Pulih
Risiko: Diabetes
Kadar glukos dalam badan yang tidak terkawal akan merosakkan saraf dan perederan darah. Darah tidak sampai ke bahagian kaki.
Apabila darah tidak sampai ke kaki dan sebagai contoh jika kaki anda tercedera, ia sukar untuk sembuh.
Tanda lain bagi diabetes adalah seperti kaki terasa kebas dan semut-semut. Sila dapatkan pemeriksaan darah.
#9 Bahagian Tengah Kaki Tidak Jejak Tanah
Sering dikaitkan dengan kondisi saraf tidak normal. Ia adalah penyakit yang diwarisi, digelar Charcot-Marie-Tooth(CMT) -merosakkan saraf periferal (saraf tunjang), menyebabkan kaki menjadi kebas, sukar mengimbangi badan, kelemahan otot kaki serta bisa merebak ke bahagian tangan.
#10 Kuku Kaki Melentik & Berlapis-Lapis
Risiko: Anemia atau Lupus
Anda mungkin kekurangan atau kelebihan zat besi jika kuku anda berlapis-lapis dan seolah mempunyai kawah yang boleh menakung air (menjadi melentik ke arah luar).
Kadang kala kondisi kuku kaki sebegini juga boleh menjadi punca masalah lupus iaitu penyakit sistem imunisasi dalam badan yang bisa menyerang sel, tisu dan organ tubuh.
Namun begitu, masalah kuku melentik ini biasanya hanya berlaku dalam kanak-kanak pada tempoh awal usia mereka. Jika anda yang telah berumur pun masih mempunyai masalah kuku melentik yang tidak normal, ditambah pula dengan rupa kuku yang berlapis-lapis, sila bertemu dengan doktor.
Selamat beramal!
0 Response to "PANDUAN KESIHATAN: 10 PENYAKIT YANG BOLEH DIKETAHUI MELALUI KONDISI KAKI"
Post a Comment