Judi merupakan satu tabiat yang tidak seharusnya kita amalkan walaupun hanya sekadar untuk suka-suka kerana daripada tabiat hanya suka-sukalah yang akan bertukar menjadi ketagihan pada pemain judi ini tidak kiralah walau kategori apa pun judi tersebut.
Tabiat judi ini hanya mendatangkan keburukan kepada diri sendiri, ahli keluarga serta orang yang rapat dengan kita. Seelok-eloknya kita perlu menjauhkan diri dari tabiat yang tidak bermoral itu.
Hanya kerana ketagihan untuk berjudi, segala harta benda kita boleh tergadai dan kadang-kalanya isteri yang kita sayangi juga terpaksa menanggung akibatnya.
Inilah yang terjadi kepada seorang isteri bernama Ita yang meluahkan kesengsaraan yang terpaksa dia lalui apabila suaminya yang merupakan seorang kakitangan kerajaan namun mempunyai ketagihan yang teruk terhadap mesin judi.
Ita mengatakan bahawa hidupnya telah hancur selepas suaminya menjadi ketagih terhadap mesin judi yang bersepah-sepah ada di Port Dikson walaupun suaminya itu pernah berjanji padanya untuk tidak bermain mesin judi lagi yang kebetulan pada masa itu mesin judi tutup sekejap sebab menteri besar suruh tutup.
Tapi baru-baru ini pusat-pusat mesin judi buka balik, saya ingatkan dia dah tak main judi lagi tapi rupa-rupanya dia masih pergi lagi ke pusat judi untuk main mesin judi tersebut. Habis semua barang kemas kemas saya dia pergi jual dan peralatan rumah pun habis dia jual.
Saya ingatkan sampai situ sahaja, baru-baru ini dia ada membawa dua tiga orang kawan dia, saya ingatkan dia hanya nak berbual-bual dengan kawannya itu tapi sangkaan saya meleset apabila dia sebenarnya nak jual saya untuk dijadikan pelacur sebab nak lunaskan hutang-hutangnya yang dia pinjam dengan along.
Suami saya itu berhutang dengan along semata-mata hanya untuk bermain judi, apabila saya mendengar perbualan mereka saya terus ambil keputusan untuk terus melarikan diri ikut pintu belakang rumah saya dan saya sendiri tak tahu apa nasib anak saya dekat rumah.
Fikiran saya sangat buntu dan saya nak minta cerai sebab saya dah tak tahan dengan sikap suami saya itu. Saya dengar ramai kawan-kawan dia yang dah rosak sampai bercerai laki bini sebab suami ketagih main mesin judi. Saya langsung tak menjangka lepas dia terjebak dengan judi ini dia banyak sangat berubah.
Saya percaya ramai suami isteri yang mengalami benda yang sama macam yang saya alami sekarang, suami selalu tak ada duit, ual kereta, jual barang kemas sebab nak main benda haram ini. Apa yang perlu saya lakukan sekarang, fikiran saya buntu sangat sampai rasa nak bunuh diri.
Tolonglah sebarkan kisah saya ini supaya orang lain tahu mesin judi yang bersepah-sepah dekat luar sana hanya boleh buat hidup kau orang musnah bukannya boleh tolong kau orang semua jadi senang dan judi ini tak membawa apa-apa pun kebaikan melainkan hanya mendatangkan keburukkan pada kau orang semua. Sedarlah wahai kaki-kaki judi dekat luar sana jangan sampai orang yang kau sayang menderita kerana tabiat judi itu. - Kisah Rumah Tangga
0 Response to "SUAMI AKU KAKI MESIN JUDI, SANGGUP NAK JUAL AKU UNTUK LUNASKAN HUTANG YANG DIA PINJAM."
Post a Comment