"Setepek ea?!" demikian reaksi netizen terhadap kenyataan terbaru dari Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mengulas mengenai isu-isu pendakwah hasil dari terbitan program realiti TV tempatan.
Beliau kesal ada pemegang-pemegang gelaran Pencetus Ummah (PU), Dai' dan seumpamanya mencemarkan imej agama Islam dengan tindakan mereka yang tidak sewajarnya.
Dalam kenyataannya itu, beliau juga merayu agar mereka-mereka yang berkenaan berhenti dari terus mencetuskan kontroversi. Sebaliknya tumpukan fokus dan usaha dalam mneyebarkan dakwah dengan cara yang betul di samping menjaga tutur kata dan kelakuan.
SUDAH...sudahlah dai/pendakwah... Cukuplah. Jumpa perempuan depan kaabah tak semestinya jadi isteri
Kebelakangan ini jadi lemas dan nak muntah pun asyik membaca berita kisah-kisah pendakwah segelintir kita, yang lahir daripada program realiti seperti Program Pencetus Ummah (PU), Dai dan sebagainya. Macam-macam kontroversi yang dicetuskan.
Hebat sangatkah mereka ini sehingga segala apa yang berlaku kepada diri mereka dan keluarga perlu diperkatakan dalam khalayak. Nak kata mereka ini hebat dalam dunia dakwah, tidak juga. Merosakkan imej Islam ada.
Dai dai ini pun satu hal, apabila dah terkenal dan bergelar pendakwah, jaga lah perangai elok-elok. Jangan buat perangai pelik-pelik sehingga merosakkan Islam.
Kamu nak kawin lebih daripada satu, kamu punya hal. Kawinlah baik-baik, tak usah buat benda yang pelik-pelik seperti orang jahil.
Sebelum ini kita kejutkan dengan pendakwah yang menceraikan isterinya ketika sedang mengandung untuk berkawin dengan wanita lain. Ini pun satu hal.
Terkini, ada pulak berkawin satu lagi, kononnya jumpa di depan Kaabah. Petunjuk katanya. Allahurabbi, apakah itu apabila berjumpa depan kaabah bermakna petanda baik? Mesti kawin dan dijadikan isteri?
Bila dah kawin, alasannya mudah, dah jodoh, ketentuan Allah. Memanglah.
Kalau petanda jumpa di depan Kaabah itu petanda, hari-hari orang Arab jumpa perempuan di depan kaabah, maknanya, jika itu petanda, hari-hari mereka akan kawin lain. Atas alasan jumpa depan kaabah.
Nasihat saya kepada para pendakwah atau dai ini, kalau dah gatal atau mahu menempek kesenangan, cakap jer, senang. Tak payah guna alasan jumpa depan kaabah dan lain-lain.
Jika jumpa depan kaabah itu petanda baik, termasuk minum air zam-zam, sudah tentu ngara Arab Saudi dan orang Arab Saudi yang paling maju dan paling baik di dunia ini. Sebab, hari-hari insaf dapat berjumpa kaabah, buat umrah setiap hari.
Tetapi malangnya, merekalah yang hebat dalam segala hal yang mencemarkan imej Islam. Berbunuh sesama saudara dan macam-macam lagi.
Nasihat saya kepada semua pendakwah. Pertama, tunjukkan contoh yang baik. Khalayak nampak Islam pada diri kamu. Jika kamu rosak, tempiasnya turut terkena kepada imej Islam. Rosakkan agama suci kita. Musuh-musuh Islam sentiasa guna senjata ini.
Kedua, jika terlalu ghairah nak kawin lain. Buatlah dengan cara yang betul. Jangan sensasikan dan kontroversikan.
Ketiga, jangan sensasikan perceraian dengan isteri pertama. Kasihan mereka. Malang sekali bila diceraikan ketika hamil. Begitu juga dengan nota WhatApps. Lepas itu, viralkan dalam laman sosial
Keempat, dunia realiti TV bukanlah platform untuk menonjolkan diri. Tetapi adalah amanah. Makin ramai orang kenal, makin besar amanah. Justeru, jangan terlalu ghairah kalau dapat masuk TV.
Kelima, dunia sebenar pendakwah adalah ilmu. Tuntutlah ilmu yang begitu luas, melebihi air di lautan. Yang ada pada kita mungkin setitik dua. Program realiti yang kita menangi sekadar hafalan, bukan dunia sebenar.
Akhirnya, saya merayu kepada para dai ini, hentikanlah kontroversi dalam media ini. Islam lebih penting dijaga bukan diri kita. Kita ini berada dalam dunia yang sementara. Saya sudah otai dalam dunia dakwah dan media ini. Tahu sangat permainan media, sensasi, manipulasi, kontroversi dll si lagi? Kerana nak jual berita.
0 Response to "'Kalau dah gatal cakap jer senang, tak payah guna alasan jumpa depan kaabah' - Teguran 'deep' Ridhuan Tee kepada pemegang gelaran PU, Dai' etc"
Post a Comment