Apa yang perempuan mahu sebenarnya dari
seorang suami?
Dengar..
Walaupun
anda sudah menjalankan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin kepada
isteri anda, tidak bermakna tugas anda telah selesai.
Itu masih
belum cukup bagi perempuan yang bergelar isteri.
Sebagai
lelaki, saya akui memang sukar untuk memahami apa yang perempuan mahukan
daripada kita sebenarnya.
Tindakan
mereka selalu bercanggah, dan kata-kata mereka selalu mengelirukan.
Mereka
tidak memberitahu kita apa yang mereka mahu dari kita. Mereka selalu
mengharapkan kita faham sendiri dan sentiasa hidup dengan berteka-teki.
Perempuan
bila tak dipujuk, dia marah. Dan bila dah dipujuk, dia semakin merajuk.
Ada
masanya, isteri akan menjadi sangat sensitif. Tiba-tiba boleh menjadi pemarah,
dan kadangkala menangis tanpa sebab yang pasti.
Memeningkan
bukan?
Apa yang
perempuan mahu sebenarnya?
Mengapa
perempuan banyak songeh?
Tapi
secara realitinya, memahami hati seorang isteri sebenarnya tidaklah rumit.
Sebenarnya,
apa yang wanita mahu adalah ingin berasa selamat, mempunyai ikatan emosi
yang sihat dengan seseorang, dan merasa yakin bahawa kita akan bersama
mereka untuk seumur hidup.
Sepanjang
tempoh perkahwinan saya, saya selalu memerhatikan gelagat isteri
saya dan kadangkala bertanya kepada dia apa yang dia mahukan secara berlapik.
Berminat
untuk tahu?
Baik, ini
apa yang saya dapat simpulkan..
1.
Isteri laparkan perhatian
Berapa
kali anda buat kerja lain apabila berbual dengan mereka?
Adakah
anda selalu menjawab soalan mereka secara sambil lewa dan menjawab lain apa
yang ditanya?
Sebenarnya
sifat semulajadi wanita adalah mereka sangat menghargai setiap waktu yang
mereka luangkan bersama kita.
Mereka
mahu kita memberi perhatian dan terlibat sepenuhnya setiap saat dengan mereka.
Dengan erti kata lain, mereka laparkan perhatian.
Sebagai
suami, seboleh-bolehnya luangkan masa untuk isteri anda. Fokus kepada mereka.
Saya tahu
perkara ini mungkin agak sukar bagi suami yang selalu bekerja lebih masa,
tetapi luangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari akan memberi makna
yang besar terhadap isteri.
Yang
penting, gunakan waktu tersebut untuk perhatian sepenuhnya terhadap mereka.
2.
Suami yang sentiasa tenang
Wanita
menghargai seorang suami yang dapat mengawal emosi dan terbuka untuk
membincangkan isu-isu tanpa meninggikan suara atau mengelakkan diri.
Kematangan
emosi dan fikiran adalah apa yang wanita mahu dari kita lebih daripada
apa-apa perkara lain.
Menurut
Imam Ghazali, jadilah seorang suami yang halim.
‘Halim’
maknanya ialah “sabar”, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal. Bilakah
seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah.
Lalu dia
bersabar, maka itulah suami yang paling baik..
Jadi,
perdengarkan apa yang dikatakan isteri tanpa prejudis dan ambil hati.
Mendengarkan
akan membantu isteri melepaskan perasaan yang terpendam,
yang mengganggu emosinya.
Walaupun
anda tidak mampu menyelesaikan masalahnya – dengarkan dan fahamkan mereka
dengan sepenuh hati.
3.
Mampu merendahkan diri
Kebanyakkan
suami (lelaki), kita tidak dapat lari masalah ego.
Memang
benar, didalam rumah tangga kita adalah ketua keluarga. Kita mahu kelihatan
lebih dihormati dan membuktikan kita adalah pemimpin terbaik.
Namun,
jangan disebabkan ini, kita menjadi seorang yang angkuh, meninggi diri dan
kasar.
Mukmin
yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian
adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.”
– Hadis
riwayat at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani
Apa yang
isteri perlukan adalah seorang suami yang dapat merendah diri, adil dan sopan
dalam melayani isteri.
Jangan
sesekali memandang rendah atau menghina mereka dan juga ahli keluarga
mereka. Isteri adalah sahabat kita, beri mereka penghormatan yang
sewajarnya.
Jagalah
hati mereka, insyaAllah dengan keberkatan akan hadir rumah tangga anda.
4.
Boleh mempamerkan kelembutan (gentleman)
Memang bukan
dalam sifat kita lelaki untuk lembut dan gemalai.
Secara
normalnya, lelaki selalu sedikit kasar. Baik dari segi pergaulan,
percakapan dan tindakan.
Tetapi
apabila berkisar tentang rumahtangga, lemah lembut dalam perkataan, pemikiran,
dan tindakan akan memberi banyak keharmonian dalam rumahtangga.
Dan
bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
– surah
al-Nisa’ ayat 19.
Layanilah
isteri dengan penuh hormat. Berbuat baik dan bercakaplah dengan perkataan
yang lembut.
5.
Suami yang kuat
Wanita
sukakan lelaki yang kuat.
Tapi ini
tidak bermakna kita harus memukul orang lain yang buat silap dan tergesa-gesa
menyelesaikan masalah
Kekuatan
yang sebenarnya adalah mampu bersabar, mampu mendengar luahan isteri, dan
berupaya serta tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan hidup yang muncul.
Tunjukkan
kepada isteri anda bahawa anda sentiasa ada disisinya untuk setiap waktu.
Inilah
kekuatan sebenar yang diperlukan oleh seorang isteri.
6.
Sentiasa jelas dalam menyelesaikan masalah
Kebanyakkan
lelaki cenderung untuk tidak fikir berlebih-lebih atau merumitkan
sesuatu perkara.
Kita
kurang bimbang tentang apa yang orang lain fikir dan tidak menghabiskan banyak
masa risau tentang perkara yang kita tidak pasti.
Teruskan
untuk memudahkan sesuatu perkara dengan mencari jawapan yang mudah dalam
situasi yang kompleks.
Dan
membawa perspektif yang jelas dalam sebarang masalah.
7. Humor
Life’s
too serious already.
Kadangkala
isteri mahu juga ketawa. Humor adalah cara yang baik untuk mengurangkan
ketegangan.
Jika anda
seorang yang pandai buat lucu, selalulah berjenaka dalam hubungan
rumahtangga anda. Jika anda bukan jenis kelakar, maka berkongsilah perkara-perkara
yang anda rasa lucu dengan isteri anda.
Ketawa
mampu merapatkan jarak diantara dua hati.
8.
Menunjukkan kasih sayang
Isteri
sukakan perkara-perkara kecil, seperti gerak isyarat yang menunjukkan
kepada mereka bahawa kita berfikir tentang mereka.
Ya,
perkara ini mungkin seperti mesej whatsapp yang sweet yang
tidak dijangka olehnya, belikan makanan kegemaran atau membuat sesuatu perkara
untuknya tanpa perlu diminta.
Perkara
lain yang mungkin boleh dilakukan adalah termasuk memberi hadiah tanpa sebab,
menampalkan nota terima kasih di cermin atau bawa dia makan diluar
sekali-sekala.
9. Beri
penghargaan kepada isteri
Banyak
yang pasangan kita lakukan dalam rumahtangga tidak akan sedari .
Kebanyakan
suami (dan isteri) cepat menyalahkan pasangan mereka dengan rungutan dan
bebelan, tetapi jarang pula untuk berkongsi apa yang mereka suka dengan
pasangan mereka.
Isteri biasanya
membahagikan masa pada banyak perkara dalam satu masa dan peranan mereka
sering diambil mudah.
Tunjukkan
penghargaan anda kepada mereka. Ucapkan terima kasih. Beri mereka pelukan.
Tunjukkan
bahawa anda menyedari
segala pengorbanan yang dia lakukan akan banyak membantu isteri
rasa dihargai dan disayangi.
10.
Menerima segala kelemahan Isteri
Daripada
mencabar, mentertawakan isteri anda, atau mempersoalkan kelemahan isteri anda,
mengapa tidak menerima sahaja semua itu dengan hati yang terbuka?
Jangan
tunjukkan kelemahan dia, jangan disebut mengenai sifat-sifat tertentu yang
jelik, atau membuat dia berasa sedih tentang sesuatu yang dia sudah
merasa kecewa mengenainya.
Secara
semulajadi, wanita memang selalu merasakan dinilai oleh orang lain. Dia rasa
selalu diperhatikan.
Janganlah
seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak
menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.”
–
Hadith riwayat Muslim
Jangan
pernah menyesal dengan segala baik dan keburukan isteri kita.
Berhenti
menghakimi mereka dan terimalah mereka apa seadanya. InsyaaAllah, perkara ini
akan membantu mereka rasa disayangi dan selamat bila bersama-sama kita.
Penutup:
memahami isteri bukannya sukar.. tapi..
Wanita
adalah makhluk yang istimewa diciptakan Allah untuk diamanahkan oleh kaum Adam.
Maka
menjadi tanggungjawab kita sebagai suami untuk memberi kasih sayang dan apa
yang diperlukan oleh isteri dalam membina rumah tangga yang sakinah dan rahmah.
Lelaki
ialah pemimpin bagi perempuan oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka
(lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana lelaki telah
menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.”
– Surah
an-Nisa, ayat 34
Sebenarnya,
bukanlah sukar untuk memenuhi kehendak isteri, cuma kita kadangkala perlu lebih
peka dengan mereka.
Mereka
ingin perhatian. Mereka ingin disayangi. Mereka ingin sentiasa mahu rasa ada
seseorang disisi.
Tunaikan
apa yang mereka perlukan ini, pasti ada kehangatan dan kebahagiaan dalam rumah
tangga anda.
Tujuan
saya menulis artikel ini bukanlah mendakwa saya suami yang baik, tetapi sebagai
peringatan saya sendiri (dan kita bersama) agar lebih menghargai isteri
kita.
Semoga
kasih sayang dalam rumah tangga anda membawa hingga ke syurga.
InsyaaAllah
pada artikel seterusnya saya akan menulis perkara-perkara yang membahagiakan
suami yang boleh dilakukan oleh isteri.
Adakah
apa yang saya ditulis ini tidak tepat? – tinggalkan komen anda
pada ruangan dibawah, mungkin ada perkara yang anda tidak setuju dan mungkin
ada perkara yang ingin ditambah. Saya amat berbesar hati jika anda berbuat
demikian.
0 Response to "Apa yang Perempuan Mahu Sebenarnya Dari Seorang Suami?"
Post a Comment