Bunga yang kembang dan
cantik itu jarang yang wangi…
Begitulah juga orang yang cantik; kebanyakannya jarang berbudi.
Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata, “kamu ni cantiklah,”
maka akan menguntumlah sekuntum senyuman dibibirnya dan berbungalah hatinya.
Tersipu-sipulah dia.
Ah… siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan menawan?
Begitulah resam manusia,
seronok bila dipuji kecewa bila dikeji.
Tetapi
lain halnya bagi si mukmin yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya.
Terasa kerdil tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan
manusia.
Wanita yang cantik selalu ditimpa ‘perasan’ kerana sedar dirinya
punya kelebihan.
Kata orang, wanita cantik banyak mahunya. Diri rasa bangga, seisi
dunia mahu digenggamnya.
Kalau ia seorang gadis dirinya sanggup menjadi tukaran dengan wang yang beribu.
Ada pula yang rela menjadi andartu. Hidup liar bak merpati, senang
didekat dan ditangkap lari.
.
Jika dia seorang isteri yang sedar dan bangga
dengan kecantikkannya maka suamilah yang menjadi mangsa.
Si suami selalu melutut dan kalah dengan kehendak dan karenahnya.
Lebih malang jika si suami pula suka akan kecantikan isterinya.
Ia menyayangi isteri atas dasar kecantikannya.
Jadilah laksana Nakhoda
Ke mana diarah di situlah perginya,
alangkah dayusnya dia.
.Si isteri yang cantik rupawan akan merajuk
dan meragam seandai kemahuannya tidak tercapai, mengugut,
merajuk hendak balik kampung atau minta cerai.
Alangkah indahnya jika si isteri tadi,
kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada
cantik atau tidak adalah pada akhlaknya.
Andai dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak
yang indah.
Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi,
lebih-lebih lagi isteri yang cantik yang derhaka pada suami adalah
ibarat bunga raya.
Cantik warnanya, harumnya tiada.
.
Sebaliknya wanita yang kurang cantik tetapi
berakhlak mulia, taat suaminya,
sentiasa mencari keredhaan-Nya, ibarat bunga cempaka.
Tiada rupa tetapi harumnya memikat jiwa.
Antara bunga raya dan bunga cempaka pastilah
cempaka diminati orang.
Kasihan si bunga raya, tidak dijual atau dipakai orang.
Ibarat gadis murahan yang mempertontonkan kecantikan.
Konon nanti ada yang berkenan tetapi tidak sedar diri jadi mainan.
.
Wanita yang kurang cantik pula jika tidak
berakhlak akan meyakitkan hati dan mata.
Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi.
Maka tiadalah apa-apa tarikan dan keindahan padanya.
.
Usah bangga dan usah pula risau akan paras rupa
untuk merebut kasih sayang manusia.
Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa
dan berakhlak mulia.
Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhluk-Nya.
Seharusnya diri yang dikurniakan Allah dengan nikmat kecantikan
sentiasa resah jiwanya.
Bukan kerana takut luput kurniaan itu dari dirinya.
Bukan jua kerana ada yang iri hati dan mahu menganiayai atau
menandingi kejelitaannya.
.
Resah adalah kerana menghitung pahala-pahala
yang tinggal akibat pujian dan sanjungan manusia yang bakal menjerumuskan
dirinya ke jurang neraka.
Mengira-ngira bagaimana untuk meruntuhkan gunung mazmumah
(sikap negatif) akibat dari kecantikan diri yang dijulang bagaikan
mahkota.
Apa lagi jika kecantikan itu hidangan setiap insan, cantik indah tetapi hina terdedah.
Menjadi mainan nafsu dan syaitan.
Bersyukur dengan segala nikmat Tuhan.
Baik buruk, cantik
hodoh itu adalah pemberi-Nya.
Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan.
Akan tiba saatnya jua di mana yang berwajah cantik indah
dikerumuni oleh cacing
dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap lagi sunyi.
Tatkala itu bersandinglah manusia dengan kematian.
.
Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat
iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan?
Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?
Sebelum segala-galanya terlewat sama-samalah kita mendaki
anak-anak tangga menuju ke puncak taubat.
Asal manusia adalah dari setitis mani yang hina.
.
Sehina itulah pula dirimu wahai wanita.
Kenangilah nasib diri di hari penghisaban.
Segala pinjaman Tuhan itu,
untuk apa digunakan.
.
Lunakkan hati, tenangkan perasaan. Lihatlah ke
seluruh penjuru alam.
Di mana saja mata menjurus di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan kepala ke langit biru, tundukkan wajah ke bumi yang
hijau.
Saksikanlah kilauan mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikan-Nya tidak bertiang, gunung-ganang tidak
berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu
terkandung pengajaran:
Dan apa
sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa
kemudaratan maka hanya pada-Nyalah kamu meminta pertolongan.” (Surah An-Nahl:
53)
Andhika Al-Banjari Mtp
0 Response to "Wanita, Jadilah Bunga Yang Indah."
Post a Comment