Bismillah,
Sebagai ibu bapa, aku punya impian untuk menghantar anak aku si Jasmeen belajar di sekolah tahfiz. Sejuk hati aku bila tengok bila mereka, suci-suci je mukanya. Dalam aku dok riki-riki sekolah tahfiz yang ada, aku dapat tau ada sebuah sekolah tahfiz bertaraf antarabangsa pertama di ASEAN di Kampung SungaiRamal Dalam. Macamana aku boleh terlepas pandang ni?
Tadi aku sempai meninjau Rizq Islamic School (RIS), sekolah tahfiz yang aku maksudkan tadi. Bangunannya besar dan ketat sistem sekuritinya. Setelah mendaftar dan mengambil pas pelawat, aku masuk untuk melihat persekitaran sekolah. Aku dimaklumkan yang kawalan ketat itu bertujuan untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku terhadap para pelajar. Lagipun hanya ibu bapa yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil anak mereka. First impression, aku rasa anak aku selamat di lepaskan untuk belajar di sini selain dipasang CCTV di setiap bahagian bangunan.
Pandangan biasa kita terhadap sekolah tahfiz, kita akan fikir sekolah pondok yang terletak di pinggir bandar, kemudahan dan fasiliti yang terhad dan fokus kepada tahfiz Al Quran 24/7. Tetapi apa yang menariknya di Rizq Islamic School ini, sistem pembelajaran yang diterapkan berasaskan konsep "play based learning" sebagaimana yang diterapkan oleh negara Findland dan Jepun.
Melalui kaedah ini, ia dapat membina rasa seronok anak-anak untuk datang ke sekolah tanpa rasa dipaksa. Tidak hanya tertumpu untuk melahirkan Hafiz Quraan semata-mata malah juga melahirkan seorang pelajar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang akademik. Sistem ini juga telah diiktiraf oleh MOE, UPKK, KSSR dan KSRA.
Bila aku pusing melihat keadaan sekitar, aku dapat lihat fasiliti dan bilik pengajarannya sangat moden dan mesra kanak-kanak. Berwarna-warni dan menarik. Ada gimnasium, playroom, makmal komputer dan sains, bilik senireka, surau, student and teacher's lounge, auditorium dan banyak lagi. Bagi aku bangunan 3 tingkat tu penuh dengan bilik-bilik pembelajaran yang menarik, santai dan bakal dilengkapi penghawa dingin.
Setiap kelas hanya menempatkan 20 orang pelajar sahaja dan bahasa perantaraan yang digunakan di sini adalah Bahasa Inggeris. Tak seperti sekolah tahfiz yang lain, Rizq Islamic School ini telah didaftarkan sebagai pusat peperiksaan. Jadi setiap peperiksaan besar akan dijalankan sendiri di sekolah ini.
Selain daripada itu, sekolah ini juga telah didaftarkan di bawah jenama Apple di mana hanya produk-produk Apple sahaja akan digunakan di dalam sesi pembelajaran di sini. Contohnya sewaktu di auditorium, setiap pelajar akan dibekalkan IPad untuk digunakan dalam sesi pembelajaran. Ilmu Falak, Astronomi Islam dan Robotik juga diterapkan sebagai silibus tambahan aktiviti kokurikulum selain subjek sedia ada.
Bagi mereka yang berada di sekitar Kajang, Bangi dan Putrajaya, pihak pengurusan Rizq Islamic Schoolada menyediakan pengangkutan khas untuk mengambil dan menghantar pelajar ke sekolah. Kelas akan bermula pada pukul 8 pagi sehingga 4.30 petang. Ibu bapa boleh mengambil anak-anak mereka sehingga pukul 7 petang dan anak-anak mereka akan dipantau oleh guru yang bertugas setiap hari. Caj hanya akandikenakan jika lebih daripada waktu yang telah ditetapkan.
Ok ada berita baik, yuran pendaftaran RM580/sebulan ditawarkan kepada 100 orang pertama yang mendaftar untuk belajar di Rizq Islamic School berbanding harga yuran asal iaitu RM600++/sebulanselama 3 tahun. Pada aku harga yuran yang ditawarkan sangat murah berbanding yuran yang ditetapkan oleh sekolah private yang lain. Lebih-lebih lagi Rizq Islamic School menyediakan prasarana, fasiliti dan sistem pembelajaran bertaraf antarabangsa.
Dengan tambahan RM200/sebulan, pelajar akan dihidangkan juadah makanan sihat berjadual 3 kali sehari. Bagi pelajar yang punya masalah pemakanan atau terdapat alahan, ibu bapa juga boleh requestsupaya pihak pengurusan boleh sediakan makanan mengikut permintaan.
Pengambilan untuk sesi 2017 telah dibuka sekarang.. Untuk sebarang pertanyaan, boleh la layari atau hubungi :
Laman web : www.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Instagram : RizqIslamicSchool
Twitter : www.twitter.com/RIS_School
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Instagram : RizqIslamicSchool
Twitter : www.twitter.com/RIS_School
Wisma RIZQ,
Lot. 1456-2
Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam
43000 Kajang, Selangor
Tel : +603 8912 0447
WhatsApp : +6018 961 1615
0 Response to "Rizq Islamic School (RIS) : Sekolah Tahfiz Bertaraf Antarabangsa"
Post a Comment