BATU CAVE - "Kami akan dihalau jika tunggakan RM387,000 tidak dibayar," demikian kata wakil Rumah Perlindungan Al Nasuha yang sudah buntu mencari jalan penyelesaian.
Sejak semalam, viralnya kenyataan laman Facebook Rumah Perlindungan Al Nasuha yang meminta bantuan orang ramai agar rumah perlindungan yang menempatkan 70 orang anak yatim, miskin dan terbiar itu dapat dikekalkan.
"Viralkanlah agar segera mendapat perhatian dari pelbagai pihak yang boleh membantu kami menyelesaikan kemelut tempat perlindungan yang menempatkan lebih 70 anak-anak yatim ini," rayunya.
Menurutnya, mereka telah cuba meminta bantuan dari YAPEIM, Baitulmal dan beberapa badan NGO, namun sehingga kini tiada sebarang maklumbalas yang diberikan.
"Apakah kerana anak-anak yatim di sini tidak comel seperti anak-anak dari luar negara atau kerana kami tiada darjat dan pangkat?
"Kami akan dihalau keluar dari rumah ini sekiranya kami gagal menyelesaikan bayaran tunggakan sebanyak RM387,000 sebelum hujang Jun ini. Jika gagal, kami terpaksa berlindung di bawah jambatan atau bangunan lama terbiar.
Bagi mereka yang sudi membantu, bolehlah menyumbang ke akaun berikut:
PERTUBUHAN KEBAJIKAN ANAK_ANAK YATIM AL NASUHA
MAYBANK - 564829000530
Bagi mereka yang ragu-ragu atau perlukan maklumat lanjut, bolehlah menghubungi Umi, 0179354323 atau datang ke,
Lot 410 J, Taman Changkat Mulia,
Off Berjaya 6, Kampung Changkat
68100 Batu Cave Selangor
Rumah dan tanah itu kemudiannya ditawarkan dengan RM500,000 kepada pembeli yang mengendalikan lebih 100 orang anak yatim yang berusia di antara 2 bulan hingga 15 tahun, dan golongan wanita yang teraniaya. Dengan bantuan derma, RM120,000 telah dibayar 'pemilik' sebagai wang pendahuluan.
Bagaimanapun, 'pemilik' telah mendapat tawaran yang lebih tinggi untuk tanah dan kediaman tersebut. Lalu dia mencari alasan untuk menghalau para penghuni rumah perlindungan ini keluar, meskipun di bulan ramadhan ini. Untuk pengesahan mengenai dakwaan ini, sila hubungi Umi pada nombor yang telah disertakan di atas.
0 Response to "'Tolonglah, Kami Bakal Dihalau Dari Rumah Perlindungan'. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Itulah yg terjadi pada pertubuhan kebajikan ini. Bantulah mereka. 1x kali share mungkin dapat menyelamatkan mereka. inshaAllah..."
Post a Comment