 
| Gambar kecil, Gorton dan Morgan. | 
FLORIDA - Akibat tersilap pecah masuk rumah, dua lelaki terpaksa menahan
 derita selama lima hari diliwat oleh tuan rumah yang merupakan seorang 
pemangsa seks, lapor Thugify.
Garfield Morgan, 54, dan rakan jenayahnya, Kim Gorton, 36, masing-masing
 bekerjaya sebagai pencuri telah melakukan kegiatan itu bagi menyara 
kehidupan mereka. Namun, kejadian yang menimpa mereka di Florida 
baru-baru ini mungkin membuatkan mereka tidak akan terus kerjaya yang 
tidak bermoral itu. 
Harry Harrington, dengan ketinggian 204 sentimeter, berat 136 kilogram 
dan berbadan sasa, adalah seorang lelaki gay dan pemangsa seks terkenal 
yang pernah dipenjarakan atas tuduhan serangan seksual. Harrington 
merupakan seorang yang agresif ini, bukanlah jenis manusia yang anda 
ingin dekati atau sakiti. Namun malang nasib buat Morgon dan Gorton yang
 telah menjadi penemannya selama lima hari. 
Selain itu, Harrington juga dikenali sebagai The Wolfman, telah mengikat
 kedua-dua mangsanya dan meliwat mereka selama lima hari. 
Difahamkan, polis hanya bertindak selepas jiran Harrington terdengar 
bunyi lelaki menangis meminta tolong dan meminta mereka untuk 
menyelamatkan mereka.
Berdasarkan gambar di dada akhbar tersebut, salah seorang mangsa 
kelihatan begitu trauma dengan pengalaman pahit yang dia lalui. 
"Mereka pecahkan pintu depan rumah saya, jadi saya pecahkan 'pintu 
belakang' mereka!" kata Harrington dalam keterangannya pada pihak polis 
ketika ditahan. 
Kedua-dua mangsa akan didakwa di atas tindakan mereka, manakala tindakan terhadap Harrington belum dimuktamadkan.
Bagaimanapun, ada yang mendakwa, keratan akhbar yang tersebar meluas di media sosial itu adalah palsu. Malah, nama Harry Harrington tidak wujud. -
Bagaimanapun, ada yang mendakwa, keratan akhbar yang tersebar meluas di media sosial itu adalah palsu. Malah, nama Harry Harrington tidak wujud. -
0 Response to " 2 Pencuri Menderita Diliwat Lelaki Gay Selama 5 Hari "
Post a Comment