Peraturan itu dibuat kononnya bagi mengeratkan hubungan di antara pekerja dengan pegawai atasan.
Setiap pagi, di antara jam 9.00 dan 9.30 pagi, para pekerja wanita akan diarahkan beratur dan mencium pegawai atasan mereka.
Video serta gambar aktiviti yang tidak bermoral itu kini viral di media 
sosial China, mencetuskan tanda tanya netizen, bagaimana para pekerja 
wanita di syarikat itu masih boleh terus bertahan dengan syarat yang 
jelas mencabuli kehormatan wanita.
"Mengapa para pekerja wanita ini boleh menerima syarat yang tidak masuk 
akal ini? Teman lelaki atau suami mereka tahu ke tentang perkara ini? 
Nampak sangat boss mereka ini lelaki gatal yang mengambil kesempatan 
terhadap pekerja wanita," kata netizen.
Difahamkan, terdapat dua pekerja wanita yang membantah untuk melakukan 
perbuatan itu dan mengambil tindakan untuk berhenti kerja dari syarikat 
berkenaan.
Sementara itu, pegawai terbabit mengakui aktiviti itu membantu 
merapatkan hubungan pekerja dengan pegawai atasan (seperti ikan dan 
air), dan beliau menyatakan ada sesetengah pekerja wanita benar-benar 
merinduinya apabila dia tidak berada di pejabat sehingga ada yang 
menghubunginya melalui WeChat.
"Saya dapat idea seperti ini apabila membuat lawatan kerja di sebuah syarikat di Amerika Syarikat," katanya.

0 Response to " 'Wajib Cium Boss' Setiap Pagi Sebelum Memulakan Kerja "
Post a Comment